ARKIB

KATEGORI

Tular

Pemandu treler terjunam dari jejambat ada 22 saman trafik

Tular

Views

Pemandu treler yang terbabas hingga menyebabkan kenderaan dipandunya terjatuh dari laluan lebuh raya ke Jalan Kuala Kangsar di Ipoh, mempunyai 22 rekod saman atas pelbagai kesalahan trafik.

Menurut UTUSAN, Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, daripada jumlah itu, empat saman membabitkan kesalahan kemalangan.

Katanya, semakan juga mendapati, treler yang terlibat dalam nahas itu mempunyai 41 rekod saman trafik terkumpul.

JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?

Ujian saringan air kencing dilakukan ke atas lelaki berusia 50 tahun itu dan mendapati bebas daripada pengaruh dadah.

Malah, hasil pemeriksaan juga mendapati, lelaki terbabit tidak memandu di bawah pengaruh alkohol ketika kemalangan berlaku.

Menurut beliau, kemalangan itu menyebabkan pemandu treler cedera ringan manakala tiada kemalangan jiwa membabitkan pengguna jalan raya lain.

JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan

Katanya, siasatan lanjut kes itu dijalankan mengikut Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 (Rule 10 LN 166/59).

Kemalangan ini mengakibatkan kesesakan lalu lintas namun tindakan pantas diambil dengan membuat lencongan dan kawalan bagi memastikan kelancaran di jalan tersebut,” katanya.

Dalam kejadian sekitar pukul 12.30 tengah hari di Kilometer 271.2, Lebuhraya Utara-Selatan arah utara, sebuah treler tanpa muatan hilang kawalan lalu terbabas dan terjatuh ke Jalan Kuala Kangsar.

Siasatan awal mendapati, nahas itu berpunca daripada kegagalan brek kenderaan itu berfungsi.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Perak Press

JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!
JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini
JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!
JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply