ARKIB

KATEGORI

Buletin

Audi Malaysia lancar kempen #ReadyToDrive, sehingga 31 Disember 2022

Berita Tempatan

Views

PHS Automotive Malaysia (PHSAM) hari ini mengumumkan inisiatif #ReadyToDrive yang memberi fokus kepada aspek keselamatan, kebolehpercayaan dan ketenangan minda buat para pemilik Audi.

Ia merupakan insiatif selepas jualan yang pertama oleh PHSAM selepas mewakili jenama Audi dari segi jualan, pemasaran dan selepas jualan di Malaysia bermula Julai 2022.

Menurut Pengarah Selepas Jualan PHSAM, Deenan Nadar, pihaknya meningkatkan usaha terhadap semua aspek bagi memastikan Audi sentiasa berada dalam keadaan terbaik.

JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?

Berdasarkan kepada laporan terkini daripada satu kaji selidik yang dijalankan setiap dua tahun oleh Audi, keselamatan kenderaan menjadi keutamaan paling penting buat pelanggan.

Tambah beliau, pemilik Audi boleh memanfaatkan pakej penjagaan pelanggan terkini yang direka untuk menawarkan keselamatan dan kebolehpercayaan.

Dengan musim cuti sekolah dan perayaan, serta musim tungkujuh yang diramal berlaku tidak lama lagi, pihaknya mahu para pelanggan menikmati perjalanan yang selamat.

Bagi mengukuhkan kualiti perkhidmatan selepas jualan, juruteknik di semua Pusat Audi di seluruh negara telah menjalani proses penilaian dan peningkatan kemahiran secara berterusan demi menambah baik prestasi servis mereka.

JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?

Kempen #ReadyToDrive yang bermula pada 1 Oktober hingga 31 Disember 2022 akan menawarkan nilai luar biasa kepada pemilik Audi menerusi satu pakej komprehensif yang merangkumi:

  • Pemeriksaan 30 poin kenderaan secara percuma untuk pemilik yang tidak mengunjungi Pusat Audi sejak 12 bulan lalu
  • Perkhidmatan ambil dan serah secara percuma
  • Penjimatan sebanyak 20 peratus ke atas Servis Audi serta alat ganti lusuh Audi terpilih
  • Penjimatan sebanyak 20 peratus ke atas bateri Audi

Selain itu, pusat-pusat Audi juga menawarkan kemudahan dan keselesaan ketika berada di lounge pelanggan yang dilengkapi wifi percuma. Ia juga telah disanitasi sepenuhnya dan sentiasa dipantau bagi memastikan kebersihan maksimum dapat dikekalkan.

Kereta Audi yang dibeli di Malaysia hadir dengan penyelenggaraan percuma selama tiga tahun, perbatuan tanpa had dan bantuan pinggir jalan selama lima tahun.

Untuk maklumat lanjut mengenai Audi #ReadyToDrive offers, atau menempah janji temu servis, layari www.audi.com.my atau hubungi Audi Centre.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan
JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!
JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini
JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply