ARKIB

KATEGORI

Tular

Jalan mendap dan berlubang – JKR tutup sebahagian kawasan, boleh dilalui kenderaan ringan sahaja

Tular

Views

Pengguna jalan raya di Jalan Bagan Lalang, dekat Butterworth terdedah kepada bahaya apabila permukaan laluan terbabit mendap dan membentuk lubang besar sejak petang semalam.

Menurut UTUSAN, sebahagian jalan terbabit ditutup atas faktor keselamatan dan hanya kenderaan ringan dibenarkan melalui laluan berkenaan.

JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?

Pejabat Jurutera Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Seberang Perai Utara memaklumkan, pihaknya menerima aduan daripada pengguna jalan raya kira-kira pukul 4.30 petang semalam.

Katanya, pengadu memaklumkan terdapat sebuah lubang besar pada permukaan jalan di kawasan saluran pembentung Indah Water Konsortium (IWK).

Ekoran kejadian itu, pihak JKR mengambil tindakan menutup sementara sebahagian kawasan jalan terbabit. Seterusnya, kerja pembaikan kekal pula sedang diselaraskan bersama pihak IWK.

JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?

Tambahnya, pihak JKR juga akan menyediakan laluan alternatif sekiranya diperlukan. Buat masa ini, laluan berkenaan masih dibuka kepada kenderaan ringan.

Terdahulu, tular beberapa keping gambar permukaan jalan mendap menyebabkan terbentuknya lubang di laluan terbabit.

Insiden itu mencetuskan kebimbangan pengguna jalan raya yang memohon supaya kerja baik pulih dilaksanakan segera bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan
JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!
JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini
JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply