ARKIB

KATEGORI

Buletin

Toyota FJ Cruiser Final Edition 2023 – Edisi terakhir untuk pasaran Timur Tengah, 1k unit sahaja

Berita Global

Views

Model SUV dengan penggayaan retro, Toyota FJ Cruiser sebenarnya masih lagi dikeluarkan dan dijual untuk pasaran negara Timur Tengah, khususnya di Arab Saudi.

Pengeluarannya telah pun ditamatkan di Amerika Syarikat pada 2014, manakala pada 2017 ia telah pun mengucapkan ‘sayonara’ di Jepun menerusi ‘Final Edition‘.

JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?

Kini, FJ Cruiser di Timur Tengah bakal mengucapkan selamat tinggal pada Disember 2022 setelah pengedar sah kenderaan Toyota di Arab Saudi iaitu Abdul Latif Jameel Motors mengumumkan, yang ini merupakan tahun terakhir pengeluarannya.

Dinamakan sebagai Toyota FJ Cruiser Final Edition 2023, ia hanya akan dihasilkan sebanyak 1,000 unit sahaja. Sebenarnya, imej rasmi model edisi terhad ini tidak disertakan, tetapi unit yang akan dikeluarkan nanti mirip dengan FJ Cruiser Final Edition yang dilancarkan di Jepun pada 2017.

Untuk versi Arab Saudi, ia didatangkan dengan kemasan luaran dan dalaman rona tunggal berwarna biege. Ada beberapa tempat mendapat kemasan hitam legap, antaranya pada bahagian jeriji, bampar, cermin sisi, pemegang pintu dan penutup tayar ganti.

JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?

Selain itu, ia akan menerima lencana nombor yang unik bagi menyerlahkan eksklusivitinya. Model ini juga masih mengekalkan enjin petrol 4.0-liter V6 yang menjana 270 kuasa kuda dan 380 Nm daya kilas. yang menyalurkan kuasa kepada gandar depan dan belakang.

Ia turut didatangkan dengan Kawalan Cengkaman Aktif (A-TRAC), Crawl Control, Kawalan Kestabilan Kenderaan (VSC) dengan suis pemati dan pembezaan belakang dengan kunci kawalan secara elektronik.

Toyota FJ Cruiser Final Edition 2023 dijadualkan akan mula diserahkan pada suku keempat (Q4) 2022. Harga untuk model edisi terhad ini masih belum diumumkan buat masa ini.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan
JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!
JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini
JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply