Kalau tengok pada foto-foto ini, kami yakin ramai yang akan menyangka pemandu Audi Q7 meninggal dunia atau setidak-tidaknya cedera parah kan? Kejadian ini telah berlaku di Rusia dan pemandu kenderaan yang putus dua ini selamat tanpa sebarang kecederaan yang serius.
Tambah pelik dan melucukan, pemandu tersebut sempat melarikan diri dari tempat kejadian. Walaupun maklumat mengenai kejadian tersebut agak terhad, dikatakan kenderaan mewah tersebut telah merempuh tiang lampu yang berada di tepi jalan pada bahagian sisi. Impak rempuhan tersebut telah menyebabkan Audi Q7 ini terputus dua.
JOM BACA >> RISIK : Proton Saga facelift – Apa yang berubah?
Kemalangan tersebut juga berlaku pada kelajuan tinggi kerana sekurang-kurangnya satu daripada kerusi di bahagian tengah telah tercampak keluar dari kenderaan tersebut. Menariknya, walaupun kereta tersebut terputus dua namun pelapik bumbung yang terletak di atas kerusi penumpang belakang masih lagi melekat pada separuh bahagian SUV yang terputus dua itu.
Abah-abah pendawaian juga terburai hingga menampakkan wayar yang berselirat dan paip ekzos juga kelihatan di atas rumput. Biasanya kejadian kemalangan seperti ini berlaku kepada model supercar berenjin-tengah di mana ruang penumpang tercabut dari enjin. Seperti yang dimaklumkan pada awal artikel ini, pemandu Audi Q7 tersebut telah melarikan diri tanpa sebarang kecederaan yang serius.
JOM BACA >> Tahukah anda markas Avengers sebenarnya milik pengeluar jentera berat dari China?
Pihak polis mungkin sedang menyiasat kejadian tersebut dan akan mencari jawapan bagaimana pemandu tersebut boleh hilang kawalan dan berapakah kelajuan kereta tersebut semasa kemalangan itu berlaku. Sementara itu boleh la kita ‘membawang’ mengenai kejadian yang aneh ini.
Macam tak percaya je pemandu kereta ini selamat dan sempat cabut lari kan? Kereta potong ke ni?
JOM BACA >> MESTI TONTON : Pasang dan uji cermin gelap 0 peratus VLT, gelap dah macam panggung wayang!
JOM BACA >> Cermin bahagian penumpang dan belakang dibenarkan lebih gelap – Menteri Pengangkutan
JOM BACA >> Hati-hati dengan kereta ‘recond’ murah – Ikuti tips ini supaya tidak terpedaya
JOM BACA >> Wanita Mesir ini ‘jatuh cinta’ pada Proton Exora – Ini sebab-sebabnya
KLIK UNTUK BESARKAN
KOMEN TERKINI