ARKIB

KATEGORI

Buletin

Teksi udara Jerman lulus ujian penerbangan pertamanya

Berita Global

Views
Lilium Jet: Deutsches Flugtaxi hebt erstmals ab | DER SPIEGEL

Prototaip teksi udara elektrik berenjin jet dari Lilium Jet telah berjaya melakukan penerbangan pertamanya di Oberpfaffenhofen, Jerman baru-baru ini. Kenderaan elektrik lima-tempat duduk itu mempunyai berat kira-kira satu setengah tan berjaya terbang tanpa sebarang masalah dalam ujian pertamanya.

Menurut laporan dari Spiegel, langkah seterusnya adalah percubaan yang lebih kompleks, iaitu pergerakan penerbangan dan bergerak ke hadapan. Teksi udara ini bakal digunakan secara komersil di sekurang-kurangnya dua bandar raya di Jerman menjelang 2025.

JOM BACA >> RISIK : Proton Saga facelift – Apa yang berubah?

Ia akan menggunakan 36 enjin jet elektrik yang ditanam pada sayapnya. Menurut pengasas bersama syarikat ini, Daniel Wiegand berkata, mobiliti udara ini amat senyap dan mampu terbang pada kelajuan 300 km/j untuk tempoh sejam.

Tambahnya lagi, kenderaan ini juga dikatakan lebih murah berbanding dengan helikopter kerana ia hampir tidak mempunyai peralatan mekanikal dan hanya menggunakan satu per sepuluh (1/10) tenaga. Wiegand juga mahu syarikatnya untuk mengoperasikan kesemua teksi terbang itu sendiri menggunakan platform tempahan sendiri.

JOM BACA >> Tahukah anda markas Avengers sebenarnya milik pengeluar jentera berat dari China?

Syarikat tersebut tidak menolak kemungkinan untuk menjual pesawat itu kepada orang perseorangan atau syarikat swasta yang kaya, tetapi matlamatnya adalah untuk ramai rakyat menempah penerbangan dengan mereka, denga harga seperti menaiki teksi.

Model lima-tempat duduk ini dibangunkan dari model ujian dua-tempat duduk, akan terus dikawal secara jarak jauh semasa ujian penerbangan. Walaubagaimanapun, apabila ia mula beroperasi pada 2025, ia akan diterbangkan oleh juruterbang bagi memudahkan mereka mendapat lesen dan kelulusan. Dalam masa 10 tahun, mungkin kenderaan ini mampu terbang secara sendiri (autonomous).

JOM BACA >> MESTI TONTON : Pasang dan uji cermin gelap 0 peratus VLT, gelap dah macam panggung wayang!
JOM BACA >> Cermin bahagian penumpang dan belakang dibenarkan lebih gelap – Menteri Pengangkutan
JOM BACA >> Hati-hati dengan kereta ‘recond’ murah – Ikuti tips ini supaya tidak terpedaya
JOM BACA >> Wanita Mesir ini ‘jatuh cinta’ pada Proton Exora – Ini sebab-sebabnya

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply