ARKIB

KATEGORI

Buletin

MESTI BACA : Jangan jadikan kenderaan anda sebagai ‘katil bergerak’, bahaya!

Info

Views

Memandangkan tidak lama lagi ramai yang akan pulang berhari raya di kampung halaman masing-masing, kami ingin kongsikan pesanan dan nasihat dari rakan kami, Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan mengenai bahaya menjadikan kenderaan anda sebagai ’tilam atau katil bergerak’.

Isu ini sering timbul saban tahun dan baru-baru ini, hantaran di laman Facebook rakan media kami, Careta.my turut diserang dan dikecam oleh segelintir warganet yang merasakan perkara ini betul pada mereka. Geleng kepala kami membacanya. Orang bagi nasihat pun kena balun.

Ini adalah coretan dari Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan:

Dalam memindahkan pesakit di dalam ambulans, pesakit yang berbaring di atas pengusung di pakaikan tali pinggang keledar. Pengusung pula ada mekanisme penguncian pada lantai ambulans. Ini bagi memastikan pesakit selamat sekiranya berlaku kemalangan.

JOM BACA >> RISIK : Proton Saga facelift – Apa yang berubah?

Ketika memindahkan jenazah menggunakan van jenazah pun kita akan pastikan jenazah itu diletak rapi di dalam keranda agar tidar terhumban semasa kenderaan bergerak. Itu jenazah tau, jasad yang sudah tak bernyawa. Orang yang sudah meninggal dunia.

Jadi mengapa kita tega biarkan anak-anak kita berbaring di ruang belakang kenderaan tanpa sebarang bentuk mekanisma perlindungan ketika kereta sedang bergerak?

Kalau kereta brek kecemasan, anak-anak kita yang berada di belakang boleh terhumban. Boleh dapat pelbagai kecederaan: kepatahan anggota, kecederaan kepala, gegaran otak dan lain-lain yang boleh akibatkan cacat kekal. Itu kalau hidup.

Malaysia mencatat bilangan kes kemalangan jalan raya, iaitu sebanyak 548,598 kes dengan purata setiap minit satu kemalangan jalan raya pada tahun 2018. Negara kehilangan seramai 6,284 nyawa (purata 17 nyawa sehari).

JOM BACA >> Tahukah anda markas Avengers sebenarnya milik pengeluar jentera berat dari China?

Berita kanak-kanak tercampak keluar dari kenderaan ketika berlaku kemalangan jalan raya bukan suatu yang kita tak pernah dengar. Dah banyak kali keluar berita dan puncanya adalah tidak memakai tali pinggang keledar. Jangan jadi penyebab anak kita masuk dalam statistik ini untuk 2019.

Pastikan anak-anak duduk dengan kemas di tempat duduk dan pakai tali pinggang keledar. Pemakaian tali pinggang keledar dengan betul dapat mengurangkan risiko kematian akibat kemalangan jalanraya sebanyak 70 peratus.

Ingat! Jangan biar anak berbaring di belakang kenderaan, jika tak mahu anak anda berbaring dalam ambulans atau dalam van jenazah. Mungkin anda perlu menonton video ujian kemalangan motorhome di bawah sebagai rujukan.

Kongsikan info ini sekiranya bermanfaat!

Krocktest av husbilar – Crash test of motorhomes | Trafikverket

Sumber : Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan

JOM BACA >> MESTI TONTON : Pasang dan uji cermin gelap 0 peratus VLT, gelap dah macam panggung wayang!
JOM BACA >> Cermin bahagian penumpang dan belakang dibenarkan lebih gelap – Menteri Pengangkutan
JOM BACA >> Hati-hati dengan kereta ‘recond’ murah – Ikuti tips ini supaya tidak terpedaya
JOM BACA >> Wanita Mesir ini ‘jatuh cinta’ pada Proton Exora – Ini sebab-sebabnya

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply