Sejak kebelakangan ini, terdapat peningkatan kesedaran terhadap aspek kualiti dan keselamatan dalam industri automotif.
Bagi memastikan setiap komponen automotif memenuhi piawaian terbaik, syarikat pengeluar kenderaan berkerjasama dengan makmal khusus untuk pengujian tersebut.
Jaminan kualiti dalam sektor automotif turut merangkumi proses reka bentuk, pembuatan dan penghantaran kenderaan.
Sektor yang kompetitif ini semestinya mempunyai jangkaan kepuasan pelanggan yang tinggi terhadap kualiti dan keselamatan produk.
Oleh itu, pelbagai langkah perlu diambil supaya ia dapat memenuhi peraturan dan undang-undang dalam memastikan kepuasan pelanggan terjamin.
Salah satu pencapaian terbesar SIRIM QAS International Sdn. Bhd. adalah apabila dilantik oleh Proton sebagai makmal berakreditasi mereka bagi komponen automotif untuk Proton dan Geely.
Perlantikan ini membuktikan kemajuan yang besar dalam usaha meningkatkan kredibiliti dan daya saing produk automotif di pasaran global.
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Proton X70 MC2 ‘terdedah’, sedang jalani penggambaran iklan ke?
Makmal Kimia, Polimer dan Komposit (CPCT), SIRIM telah menjalankan penilaian yang rapi dalam memastikan pematuhan piawaian terhadap Pengurusan Makmal Pengujian Pihak Ketiga Proton dan Geely yang ketat serta pensijilan MS ISO/IEC 17025 yang diiktiraf di peringkat antarabangsa.
Menurut Ketua Bahagian Kimia, Polimer dan Komposit (CPCT), Jabatan Perkhidmatan Pengujian di SIRIM QAS International, Encik Dalha bin Rahmat, akreditasi ini adalah bukti komitmen SIRIM QAS International ke arah kecemerlangan dan meningkatkan daya saing di dalam industri.
Dengan memenuhi piawaian ketat yang ditetapkan oleh Proton dan Geely, SIRIM QAS International telah mengukuhkan kedudukannya sebagai makmal berakreditasi yang dipercayai untuk industri automotif, sekaligus mampu menyediakan perkhidmatan ujian yang boleh dipercayai.
Tambah beliau, ia bukan sahaja mengesahkan kepakaran teknikal mereka, malah membuktikan dedikasi mereka untuk mengekalkan standard kualiti yang terbaik dalam industri.
Kerjasama ini secara tidak langsung akan mengubah landskap industri automotif melalui penawaran pelbagai faedah yang dapat memberi manfaat kepada rantaian bekalan secara menyeluruh.
Selain jaminan kualiti, kolaborasi ini juga dapat menyemai keyakinan pengguna dan memudahkan akses ke pasaran global.
Dengan kolaborasi ini, SIRIM bersedia untuk menetapkan penanda aras baharu dalam bidang ujian dan pensijilan automotif.
Proton Holding Sdn Bhd menyatakan bahawa ini merupakan salah satu inisiatif yang menyokong janji syarikat itu untuk kembali memperoleh keuntungan dan untuk berada di tangga pertama di Malaysia dan dikalangan 3 tangga teratas di ASEAN.
JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?
Kemudahan ujian CPCT SIRIM menawarkan rangkaian perkhidmatan komprehensif di bawah satu bumbung yang merangkumi:
- Ujian Pecutan Luluhawa
- Ujian Mekanikal/Fizikal
- Ujian Bahan
- Ujian Haba
- Ujian Penuaan
- Ujian Kimia
- Ujian Kakisan
- Ujian Keandalan
Dengan keupayaan canggih yang dapat memudahkan proses pengujian yang menjimatkan masa, SIRIM QAS International dapat menyokong pembangunan dan inovasi produk dengan membantu pengeluar automotif menguji bahan dan menilai teknologi baharu dengan cekap.
Usaha ini sejajar dengan komitmen SIRIM QAS International terhadap pematuhan piawaian dan memberikan penambahbaikan yang berterusan serta pematuhan kepada amalan terbaik.
Selain meningkatkan kredibiliti dengan memenuhi spesifikasi Proton dan Geely, akreditasi ini dapat mengukuhkan kepercayaan terhadap kualiti, prestasi, dan perkhidmatan yang disediakan.
Menerusi kerjasama ini, industri automotif tempatan mampu mencapai kecemerlangan yang bertaraf dunia.
Dengan memanfaatkan kepakaran dan kredibiliti terkenal SIRIM dalam pensijilan, ujian dan jaminan kualiti, hubungan perniagaan ini bertujuan untuk menyediakan akses pasaran bagi pengeluar dan vendor automotif yang ingin menembusi pasaran antarabangsa dengan lebih mudah.
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?
KOMEN TERKINI