ARKIB

KATEGORI

Rencana

Maxim E-hailing bantu perkasa pemandu wanita

Rencana

Views

Hari Wanita Antarabangsa akan disambut pada 8 Mac setiap tahun. Sempena sambutan ini, Maxim E-hailing telah membuat analisis dan mendapati anggaran peratusan pemandu wanita adalah 6 peratus hingga 10 peratus.

Daripada jumlah ini, pakar dari Maxim E-hailing telah mewawancara beberapa pemandu wanita. Menurut salah seorang rakan-pemandu, Rosliana Daris, dia telah menyertai Maxim pada tahun 2020, semasa krisis ekonomi akibat pandemik Covid-19.

Dia yang kehilangan pekerjaan pada masa itu telah terlihat satu iklan dalam talian yang mengatakan bahawa Maxim sedang mencari pemandu. Ia telah merubah kehidupannya dan membuat keputusan untuk menjadi pemandu sepenuh masa pada tahun 2022 sehingga ke hari ini.

Perkhidmatan ini memberi peluang kepada wanita untuk mempunyai pekerjaan sepenuh masa dan sambilan. Ia telah membantu mereka menggabungkan aktiviti dan menjana pendapatan pada setiap perjalanan mengikut jadual mereka sendiri.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Sesetengah daripada mereka, menggabungkan pekerjaan itu dengan rutin harian mereka, sebagai contoh apabila mereka telah menghantar anak-anak ke sekolah, mereka mungkin membuka aplikasi Taxsee dan mencari tempahan yang berhampiran dengan rumah mereka.

Bagi rakan-pemandu, Hasmida Amir, dia merupakan suri rumah sepenuh masa dan mempunyai tiga orang anak di sekolah menengah. Sebab utama dia menyertai Maxim adalah untuk mencari pendapatan tambahan bagi membantu keluarganya.

Pada masa yang sama juga, dia perlu mengatur jadual persekolahan anaknya. Waktu kerja yang anjal, memberikannya peluang untuk menjana pendapatan dan dalam masa yang sama dapat menguruskan rumah tangga.

Pemandu wanita mendapat permintaan tinggi oleh penumpang kerana mereka berasa lebih selamat, terutamanya di kalangan pelajar universiti, wanita bujang, dan ibu yang mempunyai anak. Ianya sangat  membantu semasa perjalanan jarak jauh, tempahan tengah malam dan perjalanan bersendirian.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Namun, dalam masyarakat, ada juga fahaman yang mengatakan bahawa memandu bukanlah pekerjaan hakiki bagi wanita, kerana tugas ini memerlukan kerja keras yang berkaitan dengan pemanduan jarak jauh, berjumpa orang baharu, pengetahuan kereta, dan situasi pengendalian.

Wanita sentiasa tinggal di rumah menjaga anak-anak, dan melakukan tugasan rumah tangga. Namun, Maxim membuktikan bahawa tidak semua orang adalah sama, malah wanita juga boleh dan kadangkala mereka lebih membantu dengan empati yang tinggi.

Seorang lagi rakan-pemandu, iaitu Aishah turut berkongsi pengalamannya. Pada tahun lalu dia telah membantu seorang wanita melarikan diri daripada suaminya yang ‘kaki pukul’ dan membawanya ke balai polis. Dia berasa sangat bersyukur apabila berpeluang untuk membantu orang lain yang dalam kesusahan, terutamanya wanita.

Maxim E-hailing kini sedang berusaha untuk memastikan ‘sokongan tidak berbelah bahagi’ kepada golongan wanita, dengan mendengar suara mereka dan percaya bahawa setiap orang mempunyai peluang yang sama.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply