Autogroup International (AGI) yang berpangkalan di Sri Lanka, memperkenalkan versi RHD bagi model SUV, GMC Yukon Denali XL dan trak pikap tugas berat, GMC Sierra Denali 2500.
Syarikat yang 100 peratus milik Australia itu merupakan pakar dalam penukaran pemanduan kiri (LHD) ke kanan (RHD) bagi kenderaan keluaran dari Amerika Syarikat.
Kedua-dua model RHD ini dipilih secara spesifik kerana enjinnya yang berprestasi tinggi, reka bentuk tugas berat dan saiz kenderaan.
Ia kemudiannya diubahsuai dengan perlindungan B6 Armouring dan diberikan kemasan dalaman mewah ala jet peribadi.
Menurut CEO Autogroup International, Rob Hill, ini kali pertama pengguna di Malaysia boleh mengakses kemewahan, keselamatan dan prestasi dari kedua-dua model ini yang ditawarkan dalam beberapa versi.
JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?
The CEO
Ia merupakan model GMC Yukon Denali XL pemanduan kanan (RHD) dengan kemasan dalaman ala jet peribadi ini menawarkan kemewahan, keselesaan, privasi dan kefungsian yang luar biasa. Ia biasanya digunakan oleh ketua negara, orang kenamaan, selebriti, keluarga diraja dan pemimpin perniagaan di seluruh dunia.
The CEO menawarkan pengubahsuaian menyeluruh dan mewah bagi keseluruhan kabin penumpang belakang dengan menanggalkan tempat duduk tengah dan belakang sedia ada.
Bumbungnya pula dinaikkan 4.5-inci dengan kemasan pelapik bercahaya seperti kerdipan bintang, pembahagi privasi penuh dengan TV HD 40-inci, kerusi kapten boleh condong gaya premium Maybach, sistem bunyi Sonos, komunikasi 5G global, lampu strob kecemasan, kemasan dalaman buatan tangan dan lain-lain lagi.
The Chairman
Ia merupakan kenderaan berperisai dari model GMC Yukon Denali XL pemanduan kanan (RHD) yang berada pada tahap B6 (EN 1063 BR6) serta mampu menahan serangan balistik daripada peluru 7.62mm dan letupan sehingga 2 (dua) butir bom tangan DM51 di bawah kenderaan secara serentak.
The Chairman direka bentuk dan dikilangkan mengikut piawaian Jaminan Kualiti ISO 9001:2015 yang menampilkan perlindungan Perisai B6 penuh badan, tayar kalis pancit, cermin kalis peluru, suspensi dan brek yang diperkukuhkan.
The President
Ia merupakan model pemanduan kanan (RHD) dan berperisai (B6) GMC Yukon Denali XL dengan kemasan dalaman ala jet peribadi yang menawarkan pengubahsuaian dalaman yang mewah dan perlindungan keselamatan menyeluruh. Versi ini boleh dikatakan sebagai kombinasi The CEO dan The Chairman.
The Centurian
Ia merupakan model trak pikap pemanduan kanan (RHD) dan berperisai B6 (EN 1063 BR6), GMC Sierra 2500 Heavy Duty Denali yang dijana oleh pilihan enjin 6.6-liter petrol 420 kuasa kuda atau enjin Turbo Diesel 6.6-liter Duramax, dipadankan dengan transmisi automatik 10-kelajuan dari Allision.
Bukan itu sahaja, Autogroup International turut memperkenalkan GMC Yukon Denali dan Yukon Denali XL pemanduan kanan (RHD) yang ditawarkan dalam versi standard atau XL (38cm lebih panjang), dengan pilihan kemasan Denali atau Denali Ultimate.
SUV pacuan empat roda (4WD) 7-tempat duduk ini dijana oleh enjin 6.2-liter V8 Petrol atau 3.0-liter Duramax Turbo Diesel. Antara ciri-ciri menarik model ini adalah:
- Kemasan dalaman kulit mewah
- Kerusi kapten di barisan kedua
- Suspensi ‘Air Ride Adaptive’
- Sistem bunyi Bose dengan 14-pembesar suara
- Konsol tengah gelongsor berkuasa
- Paparan premium bersaiz 10.2-inci
- Teknologi Super Cruise
- Transmisi automatik 10-kelajuan
- Roda rekaan 6 jejari bersaiz 20-inci
- Penukaran pemanduan sebelah kanan (Jaminan Kualiti – ISO 9001:2015)
Ia ditawarkan dengan pilihan warna luaran menarik dengan tiga pilihan warna kemasan dalaman, iaitu Jet Black, Very Dark Ash Gray dan Light Shale.
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?
KOMEN TERKINI