ARKIB

KATEGORI

Buletin

CelcomDigi dan Yinson GreenTech tawar langganan motosikal elektrik rydeEV menerusi pelan pascabayar

Berita Tempatan

Views

CelcomDigi Berhad (CelcomDigi) dan Yinson GreenTech semalam mengumumkan kerjasama untuk menawarkan peluang pemilikan kenderaan elektrik (EV) kepada rakyat Malaysia menerusi langganan akaun pascabayar CelcomDigi.

Majlis pelancaran telah disaksikan oleh Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Aziz. Ini merupakan tawaran pertama yang dilancarkan sejak kedua-dua pihak memeterai MoU pada September lalu.

Menerusi kerjasama antara Pusat Inovasi CelcomDigi dan Yinson GreenTech, unit perniagaan teknologi hijau Yinson Holdings Berhad (Yinson), pelanggan kini boleh menyewa milik (lease-to-own) motosikal rydeEV, hanya dengan mendaftar mana-mana pelan 5G Pascabayar CelcomDigi dengan pelan ansuran Easy360.

Pelanggan hanya perlu mendaftar untuk mana-mana pelan Pascabayar 5G CelcomDigi dan melanggan pelan ansuran Easy360 untuk menyewa milik salah satu daripada dua e-motosikal rydeEV — pada RM299 sebulan (model Ryder) atau RM430 sebulan (model Hyper) selama 36 bulan.

Selain itu, manfaat pelan ansuran Easy360 juga termasuk bayaran pendahuluan RM0 (untuk pelanggan yang berkelayakan), faedah 0 peratus dan rebat pelan pascabayar RM10 selama 36 bulan.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Malah, pelanggan juga dapat menikmati manfaat tambahan yang berkaitan EV sepanjang tempoh kontrak, ini termasuklah:

  • Pertukaran bateri tanpa had di stesen-stesen bateri yang terpilih (kini tersedia di Lembah Klang)
  • Cukai jalan dan perlindungan insurans
  • Penyelenggaraan motosikal (kecuali tayar)

Selepas tamatnya kontrak selama 36 bulan, pelanggan mempunyai pilihan untuk memiliki e-motosikal dengan hanya RM1.

Pelanggan awal akan mendapat topi keledar edisi terhad PERCUMA apabila mereka mendaftar untuk pelan ini, sementara stok masih ada. Topi keledar akan diterima semasa pengambilan atau penghantaran e-motosikal.

Pelanggan yang layak untuk skim rebat kerajaan, iaitu Skim Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik (MARiiCas) juga layak menikmati rebat RM2,400 untuk pembelian e-motosikal mereka, dalam bentuk rebat bulanan RM200 selama tempoh 12 bulan.

Kombinasi pelan ansuran Easy360 dan rebat ini membolehkan pelanggan memiliki motosikal elektrik pada kos serendah RM169 sebulan untuk tahun pertama apabila mereka melanggan pelan terendah. Pelanggan boleh menyemak kelayakan skim tersebut di https://marii.my/ev-incentive/.

JOM BACA >> Proton daftar lima kategori tanda dagang nama X80, versi kembar SUV coupe Geely Xingyue/Tugella (FY11) atau Xingyue L/Monjaro (KX11) ke?

Dua model e-motosikal rydeEV yang ditawarkan untuk pelanggan CelcomDigi, iaitu model Ryder dan Hyper. Ryder mempunyai kelajuan maksimum 65km/j dan didatangkan dalam satu warna (merah), manakala Hyper mempunyai kelajuan maksimum 90km/j dan didatangkan dalam tiga warna (merah, biru dan oren).

Kedua-dua model mempunyai purata jarak tunggangan sejauh 70km hingga 75km apabila dicas penuh, pada kelajuan 45km/j serta bergantung pada tabiat dan beban menunggang. Ia juga dilengkapi dengan keupayaan teknologi bateri boleh tukar.

Jadi, penunggang tidak perlu berhenti untuk mengecas motosikal apabila bateri lemah. Menerusi model ‘bateri-sebagai-perkhidmatan’, bateri yang lemah boleh ditukar dengan bateri baharu yang dicas penuh di stesen-stesen bateri secara mudah.

Selain memperkenalkan rangkaian e-motosikal dan teknologi pertukaran bateri rydeEV yang terbaharu di Malaysia, Yinson GreenTech juga mengendalikan Pusat Pengalaman rydeEV di Petaling Jaya.

Kini, pelanggan boleh mendaftar untuk e-motosikal rydeEV dengan pelan ansuran Easy360 di enam kedai CelcomDigi di seluruh Lembah Klang, dan ia bakal diperluaskan ke semua kedai CelcomDigi di Lembah Klang dalam beberapa bulan akan datang.

Untuk maklumat lanjut tentang tawaran dan lokasi pendaftaran, layari https://cd.link/rydeEV-offer dan https://rydeev-ygt.com/ untuk produk dan penyelesaian rydeEV.

KLIK UNTUK BESARKAN

rydeEV Ryder

rydeEV Hyper

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply