ARKIB

KATEGORI

Buletin

Pakej P-Hailing Rahmah manfaatkan 200,000 penunggang p-hailing

Berita Tempatan

Views

Semua penunggang p-hailing yang layak di negara ini akan menerima Pakej P-Hailing Rahmah iaitu pakej data istimewa khas dan boleh didapati mulai hari ini.

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata, ia bakal memanfaatkan hampir 200,000 penunggang p-hailing berdaftar dari 16 syarikat seluruh negara.

Menurut beliau, ia merupakan tanda penghargaan kepada mereka yang bertugas di dalam industri p-hailing.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

“Inisiatif transformatif, Pakej P-Hailing Rahmah, iaitu sebuah inisiatif merangkumi semangat Rahmah, yang bermaksud berkat dan rahmat.

“Ia juga bukti komitmen kerajaan dalam menyokong ekonomi digital dan memastikan perkhidmatan penting seperti p-hailing sampai ke pelusuk negara,” katanya selepas Majlis Pelancaran Pakej P-Hailing Rahmah, di Kuala Lumpur, hari ini.

Melalui pakej berkenaan katanya, pemandu dan penunggang p-hailing boleh menikmati perkhidmatan internet pada harga serendah RM33 dengan pelan data sekurang-kurangnya 40GB.

JOM BACA >> Proton daftar lima kategori tanda dagang nama X80, versi kembar SUV coupe Geely Xingyue/Tugella (FY11) atau Xingyue L/Monjaro (KX11) ke?

Jelas beliau, setiap pakej adalah unik dan berbeza mengikut persetujuan pihak syarikat telekomunikasi (telco) yang dipilih oleh penyedia platform masing-masing.

“Tahniah atas kerjasama luar biasa antara syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi (telco) yang terlibat iaitu CelcomDigi, Maxis, U Mobile, TM (Unifi Mobile) dan YTL Communications (Yes) serta 16 buah syarikat penyedia platform p-hailing terlibat.

“Saya juga galakkan pemain industri lain agar turut teroka perkongsian serupa yang boleh memanfaatkan bukan sahaja kepada pemain industri, bahkan meningkatkan ekonomi negara,” katanya. – KOSMO! ONLINE

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Kementerian Komunikasi

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply