ARKIB

KATEGORI

Tular

Ayam beku percuma punya penangan, jalan Presint 9 sesak

Tular

Views

Dek kerana ‘seekor ayam beku‘, Presint 9 di Putrajaya sesak apabila orang ramai berpusu-pusu datang untuk mendapatkannya. Sinar Harian melaporkan, sebanyak 2,000 ekor ayam diagihkan secara percuma oleh Pemuda UMNO Putrajaya pada hari Khamis lalu.

Hampir 2,000 penduduk Putrajaya mengunjungi lokasi agihan tersebut yang dibuat di hadapan Rumah Perlindungan Kucing sejak jam 4 petang. Keadaan itu menyebabkan kesesakan sehingga jalan utama Presint 9, sekali gus menimbulkan kebimbangan awam terhadap jangkitan COVID-19.

JOM BACA >> PANAS! Foto Proton Iriz R3 Limited Edition sekali lagi tertiris, kali ini lebih jelas!

Beberapa keping gambar memperlihatkan orang ramai menaiki motosikal dan kereta beratur panjang untuk mendapatkannya menjadi tular di media sosial. Rata-rata warganet melahirkan kebimbangan kemungkinan ‘Kluster Ayam‘ akan muncul akibat program tersebut.

Putrajaya yang kini diletakkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bersama enam negeri lain merekodkan dengan bilangan 229 kes dalam tempoh 14 hari. Sementara itu, Naib Ketua Pemuda UMNO Putrajaya, Mohd Zushaidey Zulkifli yang dihubungi berkata, pihaknya telah mendapat kebenaran daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan polis.

JOM BACA >> PANAS : Saga R3 Limited Edition ke tu?

Katanya, mereka menitikberatkan soal prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan kerana agihan dibuat secara pandu lalu dan tidak melibatkan sebarang sentuhan. Menurutnya, pihaknya tidak menjangkakan menerima sambutan luar biasa.

Ujar Mohd Zushaidey, pada mulanya mereka bercadang untuk memberi dua ekor ayam bagi setiap orang, tetapi memandangkan terlalu ramai yang datang, mereka terpaksa bagi seekor ayam untuk seorang. Tambah beliau lagi, inisiatif itu bagi meringankan beban penduduk Putrajaya.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Proton X30 – Versi ‘katik’ X50
JOM BACA >> Bezza GR pulak dah… nak lawan Toyota Vios
JOM BACA >> Model-model baharu yang paling dinanti-nantikan tahun 2021
JOM BACA >> Kereta dicuri dalam parkir berbayar? Kini anda boleh saman dan tuntut pampasan syarikat pengurusan!
JOM BACA >> Edisi Abang Jamil – Ini 5 rahsia yang buatkan isteri anda rela bermadu dengan ‘Cik Mer’a’ (Nissan Almera) baharu

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply