ARKIB

KATEGORI

Buletin

ADUN Pulau Tawar keluar peruntukkan peribadi RM50K bantu baiki jalan rosak

Berita Tempatan

Views

Laman Facebook PahangKu Media melaporkan, YB Datuk Hj. Nazri Ngah Exco Kerajaan Negeri merangkap Ahli Dewan Negeri Kawasan Pulau Tawar bersetuju mengeluarkan peruntukkan peribadinya sebanyak RM50,000 bagi membantu membaiki bahagian jalan yang kritikal dan rosak teruk diantara Kampung Kuala Tahan ke Kampung Kuala Sat di Ulu Tembeling, Jerantut.

JOM BACA >> PANAS! Foto Proton Iriz R3 Limited Edition sekali lagi tertiris, kali ini lebih jelas!

Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Jerantut berkata demikian ketika berhenti seketika berhampiran kawasan rehat Bukit Awan dalam perjalanan pulang dari menghantar bekalan makanan ke kampung-kampung di Ulu Tembeling, petang kelmarin.

JOM BACA >> PANAS : Saga R3 Limited Edition ke tu?

Ini katanya, bagi memudahkan dan mempercepatkan jalan berkenaan agar boleh dilalui oleh penduduk kampung terbabit. Tambahnya lagi, jentera dan kerja-kerja telahpun dimulakan bagi membolehkan penduduk menggunakan laluan tersebut dengan selamat sementara menanti kerja-kerja pembaikan dari peruntukkan yang diluluskan oleh pihak kerajaan.

Beliau dengan bantuan sukarelawan UMNO bahagian telah mengagihkan sebanyak 3,128 kampit beras kepada semua kampung dalam mukim Tembeling Tengah, termasuk Felda Padang Piol dan Felda Sungai Retang serta kampung-kampung di Ulu Tembeling, Jerantut.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit PahangKu Media

JOM BACA >> Proton X30 – Versi ‘katik’ X50
JOM BACA >> Bezza GR pulak dah… nak lawan Toyota Vios
JOM BACA >> Model-model baharu yang paling dinanti-nantikan tahun 2021
JOM BACA >> Kereta dicuri dalam parkir berbayar? Kini anda boleh saman dan tuntut pampasan syarikat pengurusan!
JOM BACA >> Edisi Abang Jamil – Ini 5 rahsia yang buatkan isteri anda rela bermadu dengan ‘Cik Mer’a’ (Nissan Almera) baharu

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply