Acara yang ditunggu-tunggu oleh peminat-peminat gim dan kecergasan akhirnya tiba! REDLINE Fitness Games Powered by Nissan bakal berlangsung pada 23 dan 24 September di Pusat Pameran dan Konvensyen Antarabangsa Mines (MIECC).
Pertandingan terbuka kepada para peserta dari semua latar belakang senaman dan menjamin pengalaman yang menarik dan mencabar melalui format dan suasana acara yang unik dan direka untuk orang ramai.
Mereka yang berminat boleh mendaftar di www.redlinefitnessgames.com dan menjadi sebahagian daripada acara senaman tersendiri yang akan meningkatkan had dan mencapai REDLINE anda.
JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak
Acara ini akan menggabungkan kursus senaman yang dibina daripada 12 stesen kecergasan fungsian unik yang bertujuan untuk ‘menguji’ keupayaan para peserta dalam pelbagai aspek kecergasan, termasuk kardio, kekuatan, daya tahan, kuasa, ketangkasan, imbangan, koordinasi dan fleksibiliti.
Ia direka untuk menjadi inklusif dan mengalu-alukan peserta dari semua tahap kecergasan, tidak kira sama ada anda seorang individu profesional yang berpengalaman atau peserta yang baharu sahaja ‘berjinak-jinak’ dengan kecergasan.
Butiran mengenai REDLINE Fitness Games Powered by Nissan adalah seperti berikut:
Tarikh : 23 dan 24 September 2023
Masa : 8.00 pagi – 8.00 malam
Lokasi : Pusat Pameran dan Konvensyen Antarabangsa Mines (MIECC)
JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial
Kategori dan Yuran Tiket:
KATEGORI | JANTINA | “EARLY BIRD” | BIASA | LEWAT |
PERSEORANGAN (Persaingan) | LELAKI PEREMPUAN | RM175 | RM195 | RM215 |
PERSEORANGAN | LELAKI PEREMPUAN | RM145 | RM165 | RM185 |
BEREGU | LELAKI PEREMPUAN CAMPURAN 1 lelaki + 1 perempuan | RM120 Seorang | RM140 Seorang | RM160 Seorang |
KUMPULAN BEREMPAT | LELAKI PEREMPUAN CAMPURAN 2 lelaki + 2 perempuan | RM100 Seorang | RM120 Seorang | RM140 Seorang |
* Harga tidak termasuk 6 peratus SST dan yuran transaksi portal tiket
Untuk maklumat lanjut atau untuk mendaftar, sila layari www.redlinefitnessgames.com.
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
JOM BACA >> Pemandu Honda HR-V seakan ‘sengaja langgar’ motosikal dalam video tular disaman
JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi
KOMEN TERKINI