ARKIB

KATEGORI

Buletin

Pelajar cemerlang SPM 11A ‘sebak’ dapat tajaan lesen memandu percuma dari Amkist

Berita Tempatan

Views

Pelajar cemerlang, Muhammad Syahril Saidi, 18, yang memperoleh keputusan 11A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 tidak dapat menahan sebak apabila menerima lesen memandu percuma tajaan Akademi Memandu Amkist (Amkist) di Kampung Kandis, di Bachok.

Muhammad Syahril berkata, dia berterima kasih kepada pihak Amkist yang sudi menanggung semua perbelanjaan bagi membolehkan dia memperoleh lesen kelas D dan B2.

Menurutnya, dengan lesen itu nanti ia akan memudahkan urusannya untuk berulang-alik ke sekolah bagi menyambung pengajian ke peringkat Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM).

JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak

“Saya sepatutnya menduduki ujian pemanduan motosikal pada 11 Jun lalu namun terpaksa ditangguhkan kerana kematian ibu, Tuan Faridah Tuan Ismail, 53 yang sakit sejak empat tahun lalu.

“Jadual belajar memandu terpaksa ditukar sebelum ini kerana saya lebih fokus kepada tanggungjawab menjaga ibu,” katanya ketika ditemui pada majlis ziarah kasih Amkist di rumahnya di Kampung Kandis, di sini, hari ini.

Terdahulu, Pengarah Urusan AmKist, Noor Haslina Abdullah bersama rombongannya turut menyumbangkan RM1,000 selain memulangkan kembali wang bayaran ujian memandu yang telah dilunaskan pelajar berkenaan.

JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial

Muhammad Syahril memberitahu, wang untuk membuat lesen itu diberikan oleh abang dan kakaknya untuk memudahkan urusannya.

Sementara itu, Noor Haslina berkata, Muhammad Syahril akan menduduki ujian pemanduan motosikal pada 21 Jun ini selain menduduki pembelajaran memandu kereta selama 14 jam lagi.

Katanya, tajaan yang disalurkan adalah sebahagian sumbangan sosial korporat AmKist untuk meringankan beban pelajar yatim dan yatim piatu.

“Pada April lalu Amkist memperuntukkan RM23,550 menerusi Program Santuni 50 Anak Yatim yang ditaja untuk mendapatkan lesen motosikal kelas B2,”ujarnya. – UTUSAN

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
JOM BACA >> Pemandu Honda HR-V seakan ‘sengaja langgar’ motosikal dalam video tular disaman
JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply