ARKIB

KATEGORI

Buletin

Carro umum pelaburan strategik dalam Driven Communications

Berita Tempatan

Views

Platform kereta terpakai dalam talian terbesar dan paling menguntungkan di Asia Tenggara, Carro telah mengumumkan pelaburan strategik ke dalam Driven Communications yang memiliki beberapa laman sesawang termasuklah paultan.org, carbase.my dan oto.my.

paultan.org merupakan laman sesawang automotif bebas dan terbesar di Malaysia dengan jumlah trafik organik bulanan sehingga 6 juta, serta kerap menjadi laman web automotif yang paling banyak dikunjungi di seluruh negara.

JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak

Sebagai sebahagian daripada pelaburan, Ketua Pegawai Eksekutif bersama Driven Communications, Paul Tan dan Harvinder Singh akan terus memimpin syarikat. Lembaga pengarah juga akan kekal dan pekerja akan diberi jaminan untuk meneruskan pekerjaan.

Driven Communications juga akan terus mempunyai autonomi sepenuhnya ke atas arahan dan keputusan editorialnya. Pelaburan ini dijangka selesai dalam tempoh 2 bulan.

Menurut pengasas dan CEO bersama Driven Communications, Paul Tan, pihaknya mengalu-alukan pelaburan strategik Carro dan visi bersama mereka mengenai ekosistem digital kereta terpakai yang lebih baik dan telus.

JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial

Bagi Ketua Pegawai Eksekutif Bersama Driven Communications, Harvinder Singh, pihaknya sangat teruja kerana Carro amat menghormati kebebasan editorial, serta mahu mencapai keuntungan dan pertumbuhan di luar Malaysia.

Ketua Pegawai Eksekutif Carro, Aaron Tan pula berkata, pihaknya telah bekerjasama dengan Driven Communications selama hampir 2 tahun dalam menganjurkan myTukar Autofair. Secara strategik, pelaburan ini juga merupakan langkah proaktif untuk menggalakkan keterbukaan dan kebebasan.

Ketua Pegawai Kewangan Carro, Ernest Chew berkata, pelaburan ini memberi ruang kepada Driven Communications untuk mencapai pendapatan bersih positif di samping meletakkan mereka pada kedudukan kendiri kewangan yang stabil dengan potensi pertumbuhan pendapatan yang kukuh.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
JOM BACA >> Pemandu Honda HR-V seakan ‘sengaja langgar’ motosikal dalam video tular disaman
JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply