View this post on Instagram
Pelakon Azhar Sulaiman memulakan bidaan bermula RM1.85 juta untuk menjual nombor pendaftaran kenderaan miliknya, MAF14.
Aktor itu memuat naik perkongsian di Instagram miliknya berserta informasi seperti nombor telefon untuk dihubungi bakal pembeli.
JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak
“Satu-satunya gelaran MAFIA untuk dilepaskan. Bidaan bermula pada harga RM1.85 juta. “Jika anda mafia sejati, telefonlah kalau berani,” tulisnya ringkas.
Bapa kepada pempengaruh media sosial Kasih Leona itu turut berkongsi gambar memegang keratan Lesen Kenderaan Motor (LKM) sebagai bukti pemilik.
Turut disertakan adalah foto kenderaannya, Nissan Murano yang pernah tular tiga tahun lalu disebabkan nombor berkenaan.
JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial
Ini disebabkan Azhar yang juga arkitek pernah berkongsi gambarnya memperbaharui lesen kenderaan yang bernombor plat MAF14 itu.
Sementara itu, menerusi ruangan komen dalam hantaran terbaru, ramai pengikut mendakwa kerap melihat kereta yang menggunakan nombor berkenaan.
Malah ada yang secara bergurau ingin melakukan sistem barter dengan konsep tukar suka sama suka. – Harian Metro
KLIK UNTUK BESARKAN
Foto kredit azharbsulaiman
JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
JOM BACA >> Pemandu Honda HR-V seakan ‘sengaja langgar’ motosikal dalam video tular disaman
JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi
KOMEN TERKINI