ARKIB

KATEGORI

Buletin

2,200 unit Honda WR-V telah diserahkan hanya dalam tempoh sebulan, varian RS paling diminati!

Berita Tempatan

Views

Sebanyak 2,200 unit model SUV kecil, Honda WR-V telah pun diserahkan hanya dalam tempoh sebulan selepas pelancaran rasminya pada bulan lalu.

Pada masa yang sama juga Honda Malaysia turut mengdakan majlis penyerahan model tersebut kepada Nurain Binti Mohamad, yang merupakan pelanggan pertama yang membuat tempahan, bertempat di Accord Auto Sdn. Bhd.

Sebagai tanda penghargaan, Nurain telah dihadiahkan dengan Aksesori Honda, Ultra Glass Body Coating serta Barangan Rasmi Honda yang bernilai RM5,000.

Menurut Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Hironobu Yoshimura, sejak pelancarannya, model ini telah diterima baik di pasaran dan mencapai prestasi jualan yang luar biasa.

JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak

Tambah beliau, varian RS merupakan penyumbang terbesar, dengan 60 peratus jumlah jualan sehingga kini. Bukan itu sahaja, WR-V muncul sebagai model kedua terlaris dalam barisan model Honda pada Julai 2023.

Bagi Nurain pula, dia amat kagum dengan reka bentuknya dan ciri-ciri yang ada pada WR-V yang secara tidak langsung mencerminkan keperibadian dirinya.

WR-V serba baharu dijana oleh enjin empat-silinder petrol  1.5L DOHC i-VTEC yang menghasilkan kuasa maksimum 121PS dan 145Nm daya kilas.

Ia dipadankan dengan transmisi CVT dengan teknologi ‘G-design shift‘, yang memacu roda hadapan. Untuk pasaran tempatan, WR-V ditawarkan dalam empat pilihan varian, bermula dari 1.5 S, 1.5 E, 1.5 V dan 1.5 RS.

Lima pilihan warna luaran ditawarkan iaitu Ignite Red Metallic, Platinum White Pearl, Meteroid Gray MetallicCrystal Black Pearl dan warna baharu yang diperkenalkan oleh Honda di Malaysia iaitu Stellar Diamond Pearl.

JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial

Dari segi keselamatan pula, WR-V menerima ciri standard yang merangkumi empat beg udara (kecuali varian 1.5 RS), enam beg udara (varian 1.5 RS sahaja), Bantuan Kestabilan Kenderaan (VSA), ABS dengan EBD, Bantuan Mendaki (HSA), Isyarat Berhenti Kecemasan, penderia undur dan Honda LaneWatch.

Bukan itu sahaja, WR-V turut dilengkapi dengan Honda SENSING pada varian 1.5 E, 1.5 V dan 1.5 RS yang merangkumi ciri-ciri seperti:

  • Notifikasi Pergerakan Kenderaan Di hadapan (LCDN)
  • Kawalan Jelajah Adaptif (ACC)
  • Sistem Brek Cegah Pelanggaran (CMBS)
  • Amaran Rempuhan Hadapan (FCW)
  • Sistem Bantuan Kekal Lorong (LKAS)
  • Mitigasi Keluar Laluan (RDM)
  • Amaran Keluar Lorong (LDW)
  • Pancaran Lampu Tinggi Automatik (AHB)

Varian 1.5 RS turut dilengkapi dengan Honda CONNEC . WR-V telah menerima penarafan 5-bintang daripada Program Penilaian Kereta Baharu Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN NCAP) dengan jumlah skor keseluruhan 77.07 mata.

Ia juga mempunyai ruang bagasi yang besar dengan kapasiti 380 liter dan bertambah kepada 1,470 liter jika tempat duduk belakang direbahkan sepenuhnya .

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
JOM BACA >> Pemandu Honda HR-V seakan ‘sengaja langgar’ motosikal dalam video tular disaman
JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply