ARKIB

KATEGORI

Sukan Permotoran

Azroy tawan Litar Permotoran Terengganu

Sukan Permotoran

Views

Pelumba Honda Yuzy Idemitsu, Azroy Hakeem Anuar mengekalkan rentak cemerlang di litar kegemarannya, Litar Permotoran Terengganu selepas berjaya muncul juara pusingan 5 Kejuaraan PETRONAS Malaysian Cub Prix hari ini.

Harian Metro melaporkan, Azroy amat berpuas hati dengan persembahan mereka dan turut berjaya memecah rekod sepusingan terpantas sebanyak tiga kali dalam tempoh sehari.

Kali pertama dilakukan pada sesi pemanas badan, seterusnya pada sesi Shoot-Out dan akhir sekali, Azroy mencatat rekod sepusingan terpantas di Litar Permotoran Terengganu dengan masa 48.936s.

JOM BACA >> Satria Theo – Gambaran generasi ketiga model hatchback tiga pintu Proton versi “The Fudger”

Permulaan perlumbaan kategori perdana dikuasai oleh pelumba kelahiran Terengganu, Ahmad Afif Amran. Afif, dari pasukan Petronas Sprinta Yamaha-CKJ Racing, mendahului perlumbaan selama 16 pusingan namun tidak berjaya menjarakkan diri dari asakan Azroy.

Azroy yang menggunakan jentera Honda berjaya memintas pada pusingan ke-17 dan persaingan antara Azroy dan Afif berlarutan sehingga ke pusingan terakhir. Malang sekali, insiden kemalangan pada pusingan terakhir memaksa bendera merah dikibarkan.

Ia menyebabkan keputusan Pusingan 5 CP150 diambil dari pusingan ke-16 dan Azroy diisytiharkan sebagai pemenang dengan catatan masa 14’04.644s, diikuti Ahmad Afif Amran di tempat kedua dan Mohd Akid Aziz di tempat ketiga.

JOM BACA >> Saga Knight Concept – Kolaborasi mantap antara dua mantan pereka Proton

Azroy turut mengalami kecederaan ringan dalam insiden berkenaan namun pelumba Honda itu tegas menyatakan bahawa dia akan meneruskan perlumbaan Pusingan 6. Kata Azroy, litar ini memang litar kegemarannya.

Persiapan pasukan serta prestasi motosikal begitu meyakinkan. Dalam perlumbaan tadi, walaupun menerima tentangan hebat dari Afif, beliau masih yakin dengan kebolehan mereka untuk meraih kemenangan kedua musim ini.

Tambahnya, kemalangan yang berlaku di lpusingan terakhir sememangnya di luar jangkaan. Azroy mengalami kecederaan ringan pada kaki kanan, tetapi masih yakin akan beraksi esok untuk Pusingan 6.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Racing Boy

JOM BACA >> Toyota Avanza/Daihatsu Xenia 2022, kembar Perodua Alza (D27A) kini dalam fasa pra-pengeluaran
JOM BACA >> Video tular kemalangan Toyota Yaris dan Proton Wira – Salah seorang mangsa wanita hamil, terima dua jahitan di kepala
JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?
JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu
JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply