ARKIB

KATEGORI

Buletin

BAASB buka tempahan trak pikap Peugeot Landtrek, harga anggaran dari RM123k

Berita Tempatan

Views

Setelah beberapa kali dikesan menjalani ujian di jalan raya, pengedar tunggal jenama Peugeot di Malaysia, Bermaz Auto Alliance Sdn Bhd (BAASB) mengesahkan trak pikap Peugeot Landtrek bakal dilancarkan tidak lama lagi.

Tempahannya juga mula dibuka dengan harga anggaran bermula dari RM123,000. Ia akan dibawa masuk secara siap bina (CBU) dari China dan pada masa akan datang BAASB berhasrat untuk membuat pemasangan tempatan (CKD) di Malaysia.

Landtrek merupakan versi tukar lencana (rebadged) berasaskan dari model Changan Kaicheng F70 yang dihasilkan untuk pasaran Afrika dan Amerika Latin.

JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X90 (VX11) dirakam dari jarak dekat, kelihatan stereng di sebelah kanan

Trak pikap kab-berkembar ini dijana oleh enjin 1.9 liter empat-silinder turbodiesel yang menghamburkan 150 kuasa kuda pada 4,000 rpm dan 350 Nm daya kilas dari 1,800 hingga 2,800 rpm.

Enjin ini dipadankan pula dengan transmisi automatik enam-kelajuan yang digabungkan dengan sistem pacuan empat-roda.

Dari segi pengayaan luaran, Landtrek menampilkan bahasa rekaan pengeluar dari Perancis itu seperti jeriji bersaiz besar bersama bingkai krom yang diukir dengan perkataan Peugeot, logo lama singa di tengah jeriji dan lampu siang LED (DRL) berbentuk taring yang bersambung dengan lampu depan.

JOM BACA >> INTIP : Ini baru betul ‘testing kaw-kaw’, sampai unit ujian Proton X90 (VX11) rosak di tepi jalan

Landtrek turut dipasang dengan rim bersaiz 18-inci, palang sport kemasan krom dan rel para bumbung. Perbezaan paling ketara terlihat di ruangan kabin, menerusi papan pemuka gaya sedan Peugeot 508, stereng dua jejari yang rata di bahagian bawah.

Selain itu, Landtrek dilengkapi dengan pendingin hawa automatik dwizon, paparan infohibur bersaiz 10-inci gaya terapung dengan ketersambungan Apple CarPlay dan Android Auto, kemasan tempat duduk kulit serta kamera 360-darjah.

Dari segi keselamatan pula, ia dilengkapi dengan enam beg udara, sistem brek anti-kunci (ABS), agihan brek elektronik (EBD), bantuan brek, kawalan cengkaman (ASR), bantuan mula mendaki, kawalan gelongsor dan amaran keluar lorong dan cagak ISOFIX pada kerusi belakang.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Dua unit ujian Proton X90 (VX11) dikesan sekitar Simpang Pulai
JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ
JOM BACA >> Toyota Agya dan Daihatsu Ayla bakal tiba di Indonesia bulan Mac 2023, pengeluaran massa Perodua Axia (D74A) dijangka bermula Januari 2023
JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian
JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply