ARKIB

KATEGORI

Buletin

Bagi alasan mengarut ‘nak bagi resipi’, ‘nak ambil duit’ – Lima individu termasuk warga asing ditahan ingkar PKP

Berita Tempatan

Views

Berita Harian melaporkan, lima individu ditahan kerana melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menerusi dua tangkapan di Putrajaya, semalam. Kesemua mereka berusia 18 hingga 34 tahun dan direman di Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya.

JOM BACA >> Risalah Daihatsu Sirion Cross tertiris, kembar Myvi di Indonesia dapat versi crossover lebih awal?

Menurut Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Rosly Hassan, kes pertama membabitkan dua lelaki dikesan melakukan kesalahan di Sekatan Jalan Raya (SJR) Lebuh Sentosa, Presint 7 pada jam 2.50 petang. Rosly berkata, dua lelaki berkenaan memberikan alasan tidak munasabah, mahu pergi ke rumah rakan untuk memberikan resipi masakan ketika ditahan.

Tangkapan kedua pula membabitkan tiga pelajar antarabangsa universiti swasta masing-masing wanita warga Djibouti dan dua lelaki asal Kenya dan Sudan dalam SJR di Presint 14 pada jam 5.50 petang. Katanya, ketika soal siasat ketiga-tiga pelajar itu gagal mengemukakan dokumen perjalanan diri yang asal sebaliknya hanya mampu menunjukkan salinan.

JOM BACA >> Kalau Proton nak keluar Saga dua pintu, mungkin ini bentuk yang sesuai

Jelas beliau, pelajar berkenaan memberikan alasan tidak munasabah kerana mahu ke rumah rakan untuk mengambil wang dan selepas diarahkan berpatah balik mereka memberi pelbagai alasan sebelum ditahan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas.

Beliau berkata mereka ditahan dibawah Akta Imigresen 1959/63 kerana gagal menunjukkan dokumen perjalanan yang sah dan melanggar perintah PKP. Tambah beliau lagi, melanggar PKP adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 270 Kanun Keseksaan Perintah Kawalan Pergerakan dan Peraturan 7 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020.

KLIK UNTUK BESARKAN

* Foto hiasan

JOM BACA >> Stesen minyak pertama Five akan mula beroperasi bulan ini
JOM BACA >> TuneD perkenal kit badan khas untuk Proton Saga FLX – Harga bermula dari RM 1,980
JOM BACA >> Theophilus Chin beri gambaran Honda City Hatchback secara digital
JOM BACA >> INTIP : Proton terus menguji SUV kompak X50
JOM BACA >> INTIP : Cik ‘City 2020’ terus diuji

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply