ARKIB

KATEGORI

Buletin

‘Siram pokok kat pejabat’ antara alasan ‘mengarut’ nak keluar rumah sepanjang tempoh PKP

Berita Tempatan

Views

Menurut Berita Harian, bermacam-macam alasan ‘mengarut’ yang diberikan orang awam kepada pihak berkuasa sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di sekitar Petaling Jaya. Antara alasan tersebut adalah ‘siram pokok di pejabat’, ‘nak hantar kek’, ‘pergi beli surat khabar’ dan ‘bungkus makanan tengah hari’.

JOM BACA >> Kalau Proton nak keluar Saga dua pintu, mungkin ini bentuk yang sesuai

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal, berkata alasan sedemikian menunjukkan masih ada individu tidak menyedari tahap bahaya penularan wabak COVID-19. Jelas beliau, setakat ini masih belum ada laporan anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya dimaki dan dicerca.

JOM BACA >> Stesen minyak pertama Five akan mula beroperasi bulan ini

Namun pihaknya berdepan pelbagai alasan tidak munasabah termasuk mahu siram pokok di pejabat ketika tempoh PKP. Tambah beliau, ada juga individu yang tinggal di Shah Alam memaklumkan ingin beli barangan dapur ketika ditahan dalam sekatan jalan raya di Plaza Tol Damansara. Kata beliau lagi, ini membuatkan kita terfikir sebilangan kecil masyarakat belum menyedari tahap bahaya wabak COVID-19.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> TuneD perkenal kit badan khas untuk Proton Saga FLX – Harga bermula dari RM 1,980
JOM BACA >> Theophilus Chin beri gambaran Honda City Hatchback secara digital
JOM BACA >> INTIP : Proton terus menguji SUV kompak X50
JOM BACA >> INTIP : Cik ‘City 2020’ terus diuji
JOM BACA >> Gambaran digital Proton Suprima S generasi baharu

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply