ARTIKEL TERKINI

KOMEN TERKINI

ARKIB

KATEGORI

Video

Tags

Impresi Artis

Theophilus Chin beri gambaran Honda City Hatchback secara digital

Gambaran Artis

Views

Anda sangat bertuah kerana sahabat kami Theophilus Chin sangat bermurah hati untuk kongsikan karya terbaharunya untuk tatapan kita semua. Kali ini Theo memberi gambaran secara digital, model Honda City Hatchback berpandukan kepada imej patennya yang telah tertiris dalam artikel terdahulu.

JOM BACA >> INTIP : Proton terus menguji SUV kompak X50

Dengan kepakarannya kita sudah boleh mendapat gambaran awal bagaimana rupa sebenar City Hatchback berdasarkan kepada imej paten. Pada kami memang City Hatchback jauh lebih ‘mantap dan seksi’ berbanding versi sedan yang telah dilancarkan di Thailand, November tahun lalu. Kami suka gaya hatchback sebegini kerana ia kelihatan lebih maskulin berbanding gaya hatchback kompak Jazz generasi baharu.

JOM BACA >> INTIP : Cik ‘City 2020’ terus diuji

Kami jangka City Hatchback akan turut mengikut jejak langkah City 2020 yang telah menepati piawaian Kereta Eko Fasa 2 di Thailand. Besar kemungkinan City Hatchback juga berkongsi penjana yang sama, enjin tiga silinder VTEC 1.0 liter yang dilengkapi dengan pengecas turbo dari BorgWarner, dwi Variable Valve Timing Control (VTC) dan Variable Valve Timing and Lift Electronic Control (VTEC).

Model ini juga bakal dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan seperti Brek Anti Kunci (ABS), Agihan Brek Elektronik (EBD), Bantuan Brek (BA) dan Bantuan Kestabilan Kenderaan (VSA) sebagai ciri standard. Ia dijangka bakal menggantikan Jazz di pasaran Malaysia dan nama City Hatchback telah pun didaftarkan di portal rasmi Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO).

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto imej paten Honda City Hatchback

Honda City 2020

JOM BACA >> Gambaran digital Proton Suprima S generasi baharu
JOM BACA >> INTIP : ‘Cik City 2020’ kena skodeng di Lebuhraya Persekutuan</a
JOM BACA >> Proton lancar X70 2020 buatan Tanjung Malim – Harga bermula dari RM94,800
JOM BACA >> INTIP : ‘Cik City 2020’ kena skodeng di Lebuhraya Persekutuan</a
JOM BACA >> INTIP : Proton X70 2020 (CKD) mula tiba di bilik pameran – Ini apa yang perlu anda tahu

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif