ARKIB

KATEGORI

Spyshots

INTIP : Proton terus menguji SUV kompak X50

Foto Intip

Views

Tatkala fokus seluruh rakyat Malaysia kini terarah kepada kemelut politik semasa, unit ujian Proton X50 berceloreng masih tenang meluncur di tengah lebuh raya. Pagi ini, rakan pembaca Syed Hilmy berjaya mengesan sebuah unit ujian X50 di Lebuhraya Utara-Selatan menghala utara sebelum susur keluar ke Shah Alam.

JOM BACA >> Gambaran digital Proton Suprima S generasi baharu

Menurutnya unit yang ditemui itu menggunakan unit sebenar versi Proton yang menampilkan jeriji dengan rekaan busur (Ethereal Bow) dan motif Infinite Weave. Unit ujian itu adalah versi Sport kerana ia mempunyai dua pasang corong ekzos, namun ia menggunakan spoiler bumbung dari varian biasa. Ia masih sarat dengan celoreng penyamaran buat masa ini dan kami menjangkakan mod penyamarannya akan semakin berkurangan secara berperingkat menjelang hari pelancaran.

JOM BACA >> INTIP : ‘Cik City 2020’ kena skodeng di Lebuhraya Persekutuan</a

  • Varian Standard – 1.5 liter Drive E + 7-kelajuan dwi-klac (DCT)
  • Varian Executive – 1.5 liter Drive E + 7-kelajuan dwi-klac (DCT)
  • Varian Premium/Sport (dengan bumbung suria) – 1.5 liter Drive E + 7-kelajuan dwi-klac (DCT)

Menurusi satu paparan slaid yang tertiris dalam artikel terdahulu, model ini bakal memulakan ujian pemasangan pada bulan Mei 2020. Menurut jangkaan kami, pengeluaran X50 dijangka bakal bermula sekitar bulan Julai atau Ogos dan kami meramalkan pelancarannya mungkin dibuat sekitar bulan September atau Oktober tahun ini.

Nantikan info terkini dari semasa ke semasa!

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Proton lancar X70 2020 buatan Tanjung Malim – Harga bermula dari RM94,800
JOM BACA >> INTIP : ‘Cik City 2020’ kena skodeng di Lebuhraya Persekutuan</a
JOM BACA >> INTIP : Proton X70 2020 (CKD) mula tiba di bilik pameran – Ini apa yang perlu anda tahu
JOM BACA >> Beberapa model Proton alami kekurangan bekalan komponen akibat Coronavirus – Pengeluaran terpaksa dikurangkan
JOM BACA >> KIA Seltos mula dipertontonkan kepada pengedar

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply