ARKIB

KATEGORI

Spyshots

INTIP : Cik ‘City 2020’ terus diuji

Foto Intipan

Views

Nampaknya semakin kerap rakan-rakan pembaca kami berjaya mengesan kelibat unit ujian Honda City 2020 berceloreng di jalan raya. Terbaharu, sekali lagi unit ujian City 2020 dengan nombor plat dagang M 247 A yang pernah ditemui dalam foto intip dalam artikel sebelum ini.

JOM BACA >> Gambaran digital Proton Suprima S generasi baharu

Ia telah berjaya dikesan oleh rakan kami Ebnu Md Amin pagi ini di sekitar Subang. Setakat ini Honda Malaysia masih menggunakan khidmat unit ujian yang sama bagi menguji City 2020 dan ini menunjukkan mereka komtied untuk memberikan yang terbaik kepada pengguna meskipun ia telah dilancarkan di Thailand. November tahun lalu.

JOM BACA >> INTIP : ‘Cik City 2020’ kena skodeng di Lebuhraya Persekutuan</a

Di negara jiran kita itu, City 2020 telah menepati piawaian yang ditetapkan untuk Kereta Eko Fasa 2 yang lebih ketat dari segi penggunaan bahan bakar dan emisi. Untuk pasaran Thailand, City 2020 dijana oleh enjin tiga silinder VTEC 1.0 liter yang dilengkapi dengan pengecas turbo dari BorgWarner, dwi Variable Valve Timing Control (VTC) dan Variable Valve Timing and Lift Electronic Control (VTEC).

Generasi kelima City ini dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan seperti Brek Anti Kunci (ABS), Agihan Brek Elektronik (EBD), Bantuan Brek (BA) dan Bantuan Kestabilan Kenderaan (VSA) sebagai ciri standard. Dikatakan versi hatchback model ini bakal menggantikan Jazz di pasaran Malaysia dan baru-baru ini foto patennya telah tertiris di laman Instagram. Nama City Hatchback juga telah didaftarkan di portal rasmi Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) dalam artikel terdahulu.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Proton lancar X70 2020 buatan Tanjung Malim – Harga bermula dari RM94,800
JOM BACA >> INTIP : ‘Cik City 2020’ kena skodeng di Lebuhraya Persekutuan</a
JOM BACA >> INTIP : Proton X70 2020 (CKD) mula tiba di bilik pameran – Ini apa yang perlu anda tahu
JOM BACA >> Beberapa model Proton alami kekurangan bekalan komponen akibat Coronavirus – Pengeluaran terpaksa dikurangkan
JOM BACA >> KIA Seltos mula dipertontonkan kepada pengedar

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply