Anda pemilik Proton Saga FLX? Teringin nak lihat kereta kesayangan anda itu bertukar wajah dengan gaya yang lebih moden dan terkini? Kini anda boleh berbuat demikian kerana pengeluar kit badan tempatan, TuneD telah melancarkan set kit badan untuk model Saga FLX.
Sebelum ini mereka telah memperkenalkan kit badan untuk Saga 2.0 terlebih dahulu dan kemudiannya disusuli dengan model Persona (keluaran 2007-2016). Pada kami rekaan kit badan khas Saga FLX nampak lebih mantap berbanding versi Saga 2.0. Ia sekaligus menjadikan wajah Saga FLX nampak lebih ‘mantul’ dengan gaya rekaan bampar yang ringkas namun tetap sporty.
JOM BACA >> Theophilus Chin beri gambaran Honda City Hatchback secara digital
TuneD menawarkan tiga pilihan pakej untuk kit badan Saga FLX:
PILIHAN PAKEJ 1
- Harga – RM 4,780 (Standard) : Bampar Hadapan + LED DRL + Bampar Belakang + Skirt Sisi + Lampu siang LED (DRL) + Topmark, termasuk cat keseluruhan badan kereta dengan pilihan warna istimewa Fierce Red atau Pearl White.
- Harga – RM 6,160 (Executive) : Bampar Hadapan + LED DRL + Bampar Belakang + Skirt Sisi + Lampu siang LED (DRL) + Topmark + Sarung kemasan pintu + Kerusi balutan kulit, termasuk cat keseluruhan badan kereta dengan pilihan warna istimewa Fierce Red atau Pearl White.
JOM BACA >> INTIP : Proton terus menguji SUV kompak X50
PILIHAN PAKEJ 2
- Harga – RM 3,200 (Standard) : Bampar Hadapan + LED DRL + Bampar Belakang + Skirt Sisi + Lampu siang LED (DRL) + Topmark. Hanya kit badan yang dicat (warna kit badan mengikut warna kereta pemilik).
- Harga – RM 4,580 (Executive) : Bampar Hadapan + LED DRL + Bampar Belakang + Skirt Sisi + Lampu siang LED (DRL) + Topmark + Sarung kemasan pintu + Kerusi balutan kulit. Hanya kit badan yang dicat (warna kit badan mengikut warna kereta pemilik).
PILIHAN PAKEJ 3
- Harga – RM 1,980 (Standard) : Bampar Hadapan + LED DRL + Bampar Belakang + Skirt Sisi + Lampu siang LED (DRL) + Topmark. Kit badan tanpa dicat.
- Harga – RM 3,360 (Executive) : Bampar Hadapan + LED DRL + Bampar Belakang + Skirt Sisi + Lampu siang LED (DRL) + Topmark + Sarung kemasan pintu + Kerusi balutan kulit. Kit badan tanpa dicat.
Apa pendapat anda mengenai kit badan Saga FLX rekaan TuneD ini?
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> INTIP : Cik ‘City 2020’ terus diuji
JOM BACA >> Gambaran digital Proton Suprima S generasi baharu
JOM BACA >> INTIP : ‘Cik City 2020’ kena skodeng di Lebuhraya Persekutuan</a
JOM BACA >> Proton lancar X70 2020 buatan Tanjung Malim – Harga bermula dari RM94,800
JOM BACA >> INTIP : ‘Cik City 2020’ kena skodeng di Lebuhraya Persekutuan
KOMEN TERKINI