ARKIB

KATEGORI

Buletin

Stesen minyak pertama Five akan mula beroperasi bulan ini

Berita Tempatan

Views

FIVE Petroleum Malaysia Sdn Bhd, syarikat petrol tempatan secara rasminya mengumumkan pelancaran jenama tersebut semalam. Stesen minyak pertamanya akan dibuka di Kalumpang, Selangor dan mula beroperasi sepenuhnya pada bulan ini.

Bagi memastikan penawaran bahan bakar FIVE memenuhi piawaian kualiti tertinggi, syarikat berkenaan telah memperoleh kontrak bekalan dari PETRONAS yang akan membekalkan bahan bakar yang dijenamakan sebagai Ultimaxx. Ia menjanjikan bahan bakar yang bekualiti tinggi, ekonomi dan lebih mudah.

JOM BACA >> TuneD perkenal kit badan khas untuk Proton Saga FLX – Harga bermula dari RM 1,980

FIVE akan diuruskan oleh pasukan yang sama yang membina Seng Group yang telah ditubuhkan pada 1971. Syarikat tersebut menrupakan peneraju dala perniagaan runcit petrol hampir lima dekad yang membekal dan menguruskan perkhidmatan pengedaran kepada operator stesen minyak, termasuklah pembinaan stesen baharu.

FIVE telah menerima lesen dari Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) pada 15 Januari 2020, sekali gus menandakan pengenalan pertama mereka dalam perniagaan runcit petrol. Menurut Pengerusi FIVE, Datuk Haji Juhari Bin Abdul Ghani, FIVE merupakan syarikat tenaga bersepadu bagi memenuhi permintaan bahan bakar yang semakin meningkat dengan cara yang bertanggungjawab dari segi ekonomi, alam sekitar, dan sosial.

JOM BACA >> Theophilus Chin beri gambaran Honda City Hatchback secara digital

Syarikat ini akan menjadi jenama petrol di Malaysia yang menawarkan binaan stesen yang lebih kecil dan mudah bagi usahawan baharu, yang bakal merevolusikan pasaran runcit petroleum Malaysia. Ini bermakna, stesen boleh dibuka dilebih banyak kawasan terpencil, sekali gus membawa bekalan bahan bakar ke lebih banyak lokasi.

Selain itu, stesen petrol FIVE bakal menampilkan aplikasi mudah alih baharu yang membolehkan transaksi secara nirtunai (cashless). Syarikat itu juga bercadang untuk menggabungkan perkongsian, ganjaran dan kesetiaan ke dalam aplikasi mudah alih tersebut. Ia bakal memainkan peranan penting kepada kedai serbaneka Woo! Mart dan program kesetiaan pelanggan yang bakal diumumkan kelak.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Proton terus menguji SUV kompak X50
JOM BACA >> INTIP : Cik ‘City 2020’ terus diuji
JOM BACA >> Gambaran digital Proton Suprima S generasi baharu
JOM BACA >> INTIP : ‘Cik City 2020’ kena skodeng di Lebuhraya Persekutuan</a
JOM BACA >> Proton lancar X70 2020 buatan Tanjung Malim – Harga bermula dari RM94,800

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply