ARKIB

KATEGORI

Info

Banjir di LPT1 – Laluan KM113 (Lanchang) turut ditutup mulai malam tadi

Info

Views

Kenyataan media rasmi dari pemegang konsesi Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT 1)ANIH Berhad yang dikemaskini jam 7.00 pagi ini memaklumkan beberapa laluan di lebuh raya berkenaan masih lagi ditutup sepenuhnya.

JOM BACA >> PANAS! Foto Proton Iriz R3 Limited Edition sekali lagi tertiris, kali ini lebih jelas!

Laluan di KM 84.6 – KM84.7 (Lanchang), LPT1 di kedua-dua hala masih lagi ditutup sepenuhnya sejak 11.30pm, 3 Januari 2021, namun limpahan air semakin surut. Laluan di KM113 (Lanchang), LPT1 juga ditutup kedua-dua hala kepada lalu lintas susulan kenaikan air sejak jam 9.00 malam tadi.

JOM BACA >> PANAS : Saga R3 Limited Edition ke tu?

ANIH Berhad juga menasihati orang ramai agar menangguhkan perjalanan dan mematuhi arahan petugas di lokasi selain mendapatkan maklumat laluan alternatif dari Bilik Gerakan Bencana JKR Pahang di talian 09-5717157.

Pengguna turut disarankan untuk mengikuti laman rasmi media sosial ANIH Berhad di Twitter @LPTTrafik dan Facebook @Lebuhraya Pantai Timur atau hubungi LPT-Line di 09 5479111 atau 1-700-818-700 untuk maklumat sahih dan terkini.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Lebuhraya Pantai Timur

JOM BACA >> Proton X30 – Versi ‘katik’ X50
JOM BACA >> Bezza GR pulak dah… nak lawan Toyota Vios
JOM BACA >> Model-model baharu yang paling dinanti-nantikan tahun 2021
JOM BACA >> Kereta dicuri dalam parkir berbayar? Kini anda boleh saman dan tuntut pampasan syarikat pengurusan!
JOM BACA >> Edisi Abang Jamil – Ini 5 rahsia yang buatkan isteri anda rela bermadu dengan ‘Cik Mera’ (Nissan Almera) baharu

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply