ARKIB

KATEGORI

Buletin

Rider GrabFoob maut langgar lopak di bahu jalan

Berita Tempatan

Views

Berita Harian melaporkan seorang penghantar makanan maut selepas motosikal ditunggangnya melanggar lopak di bahu jalan sebelum mangsa terjatuh di Jalan PJU 7/2, di Petaling Jaya, petang semalam. Menurut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal, kejadian dipercayai pada jam 1.15 tengah hari ketika mangsa dalam perjalanan menghantar makanan kepada pelanggan.

JOM BACA >> PANAS! Foto Proton Iriz R3 Limited Edition sekali lagi tertiris, kali ini lebih jelas!

Katanya, mangsa berusia 31 tahun berasal dari Kampung Cempaka terlanggar lubang di bahu jalan sebelum motosikalnya hilang kawalan dan terbabas di lorong kiri jalan. Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah.

JOM BACA >> PANAS : Saga R3 Limited Edition ke tu?

Nik Ezanee berkata, mayat dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk bedah siasat. Beliau berkata, siasatan lanjut masih diteruskan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Ini kejadian kedua dalam tempoh dua hari berturut-turut yang menyebabkan penunggang motosikal maut akibat terlanggar lubang atau lopak di jalan raya.

Kelmarin, seorang warga emas, Ho Yan Fee, 75, turut maut selepas terjatuh apabila motosikal ditunggang melanggar lubang di Jalan Tengah menghala ke Jalan Syed Putra. Pada 27 Disember lalu, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin cedera ringan selepas terjatuh dari basikal akibat terlanggar lubang jalan ketika berbasikal berhampiran Kampung Sri Cheeding, Banting, Selangor.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Proton X30 – Versi ‘katik’ X50
JOM BACA >> Bezza GR pulak dah… nak lawan Toyota Vios
JOM BACA >> Model-model baharu yang paling dinanti-nantikan tahun 2021
JOM BACA >> Kereta dicuri dalam parkir berbayar? Kini anda boleh saman dan tuntut pampasan syarikat pengurusan!
JOM BACA >> Edisi Abang Jamil – Ini 5 rahsia yang buatkan isteri anda rela bermadu dengan ‘Cik Mera’ (Nissan Almera) baharu

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply