ARKIB

KATEGORI

Buletin

Banjir : KPDNHEP dan Petronas hantar stesen minyak bergerak ROVR ke Lipis

Berita Tempatan

Views

Bernama melaporkan, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dengan kerjasama Petronas dan Pejabat Daerah Lipis, telah menyediakan sebuah trak perkhidmatan mengisi minyak bergerak, Petronas ROVR bagi membantu mangsa banjir mendapatkan bekalan petrol.

Menterinya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, ROVR berkapasiti 3,000 liter itu menyediakan petrol Petronas Primax 95 dan ditempatkan di Terminal Anggerik, Bandar Baru Kuala Lipis yang beroperasi dari  jam 8 pagi hingga 5 petang setiap hari.

JOM BACA >> PANAS! Foto Proton Iriz R3 Limited Edition sekali lagi tertiris, kali ini lebih jelas!

Buat masa ini pembayaran hanya boleh dibuat menggunakan kad debit atau kredit sahaja. Tambah beliau, stesen minyak bergerak ini masih boleh beroperasi walaupun tiada bekalan elektrik dan akan terus ditempatkan di sini sehingga perkhidmatan stesen minyak yang terjejas di bandar Kuala Lipis, kembali beroperasi.

Pihaknya berharap inisiatif menyediakan perkhidmatan ini memberi kelegaan kepada penduduk, agensi dan jabatan kerajaan serta sukarelawan, yang memerlukan bekalan petrol dalam urusan seharian, termasuk bagi membantu mangsa banjir.

JOM BACA >> PANAS : Saga R3 Limited Edition ke tu?

Nanta berkata inisiatif menyediakan stesen minyak bergerak itu dibuat, selepas pihaknya difahamkan semua lima stesen minyak di bandar Kuala Lipis tidak dapat beroperasi akibat banjir, sejak Isnin lalu. Stesen minyak terdekat yang terselamat daripada banjir terletak kira-kira 30 kilometer dari situ, sekali gus menyukarkan pengguna mendapatkan bekalan bahan api.

Tambahnya, KPDNHEP juga sedang berbincang dengan Petronas dalam usaha kami memperluaskan perkhidmatan stesen minyak bergerak di kawasan dan negeri lain yang turut terjejas banjir. Sementara itu, Petronas Dagangan Berhad dalam kenyataannya memaklumkan trak ROVR itu akan turut digunakan untuk membantu mangsa banjir di Johor.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit PETRONAS Brands

JOM BACA >> Proton X30 – Versi ‘katik’ X50
JOM BACA >> Bezza GR pulak dah… nak lawan Toyota Vios
JOM BACA >> Model-model baharu yang paling dinanti-nantikan tahun 2021
JOM BACA >> Kereta dicuri dalam parkir berbayar? Kini anda boleh saman dan tuntut pampasan syarikat pengurusan!
JOM BACA >> Edisi Abang Jamil – Ini 5 rahsia yang buatkan isteri anda rela bermadu dengan ‘Cik Mera’ (Nissan Almera) baharu

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply