ARKIB

KATEGORI

Buletin

Yamaha 135 LC 2021 kini dengan warna baharu

Berita Tempatan

Views

Hong Leong Yamaha Motor Sdn Bhd (HYLM) semalam telah memperkenalkan kapcai Yamaha 135 LC 2021 yang tampil dengan warna baharu. Empat pilihan warna ditawarkan, Yamaha Blue, Fiery Red, Metallic Cyan dan satu warna baharu, iaitu Edisi Khas Stealth Gold.

JOM BACA >> PANAS! Foto Proton Iriz R3 Limited Edition sekali lagi tertiris, kali ini lebih jelas!

Harga jualan untuk model ini adalah RM6,868 untuk tiga warna asas kecuali warna Edisi Khas Stealth Gold yang dijual pada harga RM7,118 (tanpa insurans dan pendaftaran). Dari segi reka bentuk, tiada perubahan dibuat pada model kapcai ini, yang berbeza cuma reka corak grafik pada pelekat badannya yang lebih moden dan terkini.

JOM BACA >> PANAS : Saga R3 Limited Edition ke tu?

Yamaha 135 LC 2021 masih mengekalkan enjin silinder tunggal 134 cc yang digandingkan bersama transmisi empat-kelajuan. Gandingan enjin dan transmisi ini mampu menghasilkan 12 kuasa kuda dan 11.79 Nm daya kilas. Ia turut didatangkan dengan penghidup jenis tendang dan elektrik. Bagi setiap pembelian model ini, HYLM akan memberikan Kunci Cakera Yamaha bernilai RM100 secara percuma.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Proton X30 – Versi ‘katik’ X50
JOM BACA >> Bezza GR pulak dah… nak lawan Toyota Vios
JOM BACA >> Model-model baharu yang paling dinanti-nantikan tahun 2021
JOM BACA >> Kereta dicuri dalam parkir berbayar? Kini anda boleh saman dan tuntut pampasan syarikat pengurusan!
JOM BACA >> Edisi Abang Jamil – Ini 5 rahsia yang buatkan isteri anda rela bermadu dengan ‘Cik Mera’ (Nissan Almera) baharu

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply