ARKIB

KATEGORI

Buletin

Baru je dapat lesen L dah buat onar, remaja perempuan tunggang Yamaha Y15ZR ditahan

Berita Tempatan

Views

Tindakan seorang remaja perempuan yang baru memperoleh Lesen Belajar Memandu (LDL) atau dikenali lesen L melakukan aksi berbahaya di jalan raya mengundang padah, selepas ditahan dalam satu operasi samseng jalanan di Sik, kelmarin.

Menurut UTUSAN, selain menunggang motosikal Yamaha Y15ZR sambil dibonceng teman lelakinya berusia 16 tahun yang baharu dikenali sebulan lalu, remaja berumur 19 tahun itu turut melakukan aksi zig zag, memasuki laluan bertentangan dan menunggang laju tanpa memikirkan keselamatan diri.

Ketua Polis Daerah, Deputi Superintenden Abdull Razak Osman berkata, remaja itu ditahan sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sik selepas diekori sejauh 14 kilometer, kira-kira pukul 6 petang.

JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?

Sebelum itu remaja terbabit dan teman lelakinya yang berasal dari Kulim dikesan menjadikan jalan raya di Jalan Merbau Kudung, di Sik sebagai lokasi merempit.

Menyedari kehadiran polis, remaja perempuan yang menunggang motosikal terbabit cuba meloloskan diri sebelum ditahan di Jalan Kampung Sik Dalam.

Menurut Abdull Razak, mereka kemudian dibawa ke IPD Sik untuk tindakan lanjut bersama motosikal berkenaan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?

Sementara itu, dalam operasi sama yang dilakukan secara serentak di Beris Jaya itu, katanya, polis melakukan pemeriksaan ke atas 100 penunggang motosikal.

Hasil pemeriksaan, sebanyak 77 saman dikeluarkan ekoran melakukan pelbagai kesalahan jalan raya termasuk tidak mempunyai lesen memandu yang sah serta motosikal tiada cukai jalan.

Sebanyak empat buat motosikal turut disita kerana semakan pihak kita mendapati rekod kenderaan terbabit tidak sama dengan nombor enjin.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan
JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!
JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini
JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply