ARKIB

KATEGORI

Buletin

Tiada Permit Import (AP), Kastam sita 50 kenderaan bernilai RM11.37 juta

Berita Tempatan

Views

Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Zon Tengah, menyita 50 kenderaan yang tidak mempunyai permit import (AP) dianggarkan bernilai RM11.37 juta menerusi Ops Bearing 2022 dilaksanakan bermula 15 Ogos lalu di sekitar Pelabuhan Klang.

Menurut Berita Harian, Penolong Ketua Pengarah Kastam Zon Tengah, Mohammad Sabri Saad, berkata semua rampasan membabitkan 41 kereta mewah pelbagai jenis dan sembilan motosikal berkuasa tinggi bernilai RM11,369,036.50 termasuk jumlah duti dan cukai.

JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?

Katanya, semua kenderaan ini disyaki melakukan kesalahan mengikut Seksyen 135 (1) (a) Akta Kastam 1957 kerana mengimport barang larangan yang pengimportannya dibenarkan dengan syarat ia tertakluk Permit Import dikeluarkan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).

Anggaran nilai rampasan adalah RM4.25 juta manakala jumlah duti dan cukai terbabit dianggarkan RM7.12 juta. Mohammad Sabri berkata, sebanyak 45 kenderaan import dikesan dan dirampas di zon bebas Pelabuhan Klang, manakala lima lagi dirampas di sekitar daerah ini.

Katanya, kenderaan dan motosikal import yang disita itu dibawa dari pelbagai negara termasuk Jepun, Amerika Syarikat (AS), United Kingdom (UK) dan Sweden.

JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?

Berdasarkan siasatan awal mendapati ada kenderaan import ini dibawa masuk oleh pelajar antarabangsa yang baru mendaftar di institut pengajian tinggi di negara ini.

Ujar beliau, mereka tidak tahu ia menjadi kesalahan jika membawa kereta import tanpa permit import terdahulu. Namun, pihaknya tidak akan berkompromi dengan alasan itu.

Mohammad Sabri berkata, kes disiasat mengikut Akta Kastam 1967 dan orang awam yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan aktiviti penyeludupan boleh menghubungi Talian Bebas Tol Kastam 1-800-88-8855 atau Pejabat Kastam terdekat.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Bernama TV

JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan
JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!
JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini
JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply