ARKIB

KATEGORI

Tular

Bas ekspres kelas perniagaan norma baharu – Siap ada tandas dan bilik mandi!

Tular

Views

Nampaknya pandemik COVID-19 yang melanda dunia ketika ini telah mengubah rutin harian kehidupan manusia secara tidak langsung. Penjarakan sosial dan amalan kebersihan diri kini menjadi norma baharu kepada kita semua dan faktor ini jugalah yang telah mencetuskan satu revolusi baharu dalam pengangkutan awam.

JOM BACA >> Betul ke kena tekan butang hidup enjin 3 kali kalau takut enjin cepat rosak?

Bertitik-tolak dari itu, sebuah syarikat bas yang berpangkalan di Filipina, Del Monte Land Transport Bus Company, Inc. telah merintis langkah awal menerusi inovasi dengan mengubah suai susun atur tempat duduk dan menaiktaraf fasiliti dalam perkhidmatan bas mereka.

Tular di media sosial baru-baru ini, beberapa foto bas ekspres kelas perniagaan milik syarikat tersebut yang telah diubah suai menjadi kabin kecil yang menempatkan satu tempat duduk dan ia juga dilengkapi dengan kemudahan tandas serta bilik mandi! Versi bas itu bakal diperkenalkan tidak lama lagi.

JOM BACA >> Kereta CKD dikecualikan Cukai Jualan, 50 peratus bagi kereta import mulai 15 Jun hingga 31 Disember 2020

Selain itu, syarikat tersebut juga telah melakukan pengubahsuaian susun atur tempat duduk bagi bas ekspres kelas biasa yang kini dijarakkan satu meter antara setiap tempat duduk menjadi tiga sebaris. Setiap tempat duduk juga dilengkapi dengan satu penghadang lutsinar bagi melindungi penumpang dan juga pemandu bas.

Bukan itu sahaja, setiap penumpang diwajibkan untuk menjalani pemeriksaan suhu badan, pemakaian pelitup muka dan menggunakan pensanitasi tangan sebelum dibenar menaiki bas. Penambahbaikan dari segi pembayaran, menerusi pembayaran secara digital atau e-dompet juga telah dilaksanakan bagi memudahkan lagi penumpang membuat pembayaran.

Mungkin kaedah ini boleh diguna pakai di Malaysia kan, setuju tak?

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Gobek Api – Ciptaan Melayu lama pencetus kepada teknologi enjin terkini
JOM BACA >> INTIP : Honda City Hatchback mula turun ke jalan raya
JOM BACA >> Proton X70 2020 kini dengan Pembersih Udara Pintar
JOM BACA >> Satria Neo X : Model ikonik Proton berubah menjadi crossover kompak dua pintu
JOM BACA >> MESTI BACA : Simulator Perlumbaan – Apa yang anda perlu tahu

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply