Anda seorang ‘kaki permainan video’? Berhajat untuk memiliki Simulator Perlumbaan (Sim Racing) sendiri di rumah sambil mengasah bakat menjadi seorang pelumba maya? Artikel kali ini penulis ingin mengajak pembaca untuk mengenali apa itu Simulator Perlumbaan bersama jenama Rig Simulator keluaran anak tempatan iaitu GEARZ Studio.
Apa itu Simulator Perlumbaan?
Ia sebenarnya merupakan terma untuk perisian komputer yang berupaya mensimulasikan perlumbaan kereta secara tepat, yang lengkap beberapa data dalam dunia nyata seperti penggunaan bahan bakar, kerosakan, kehausan dan cengkaman tayar dan tetapan sistem suspensi.
Menurut David Perel, yang merupakan Pemandu Profesional GT3, simulator ini diibaratkan seperti mesin treadmill untuk pelari. Walaupun ia bukan benda yang sebenar tetapi anda masih berlari!
JOM BACA >> Proton PM5 ‘menjelma kembali’ dalam bentuk imej 3D
Apa yang perlu ada sediakan untuk membina sebuah Simulator Perlumbaan?
Untuk membina sebuah Simulator Lumba, anda perlu menyediakan enam perkara berikut:
- Komputer dengan spesifikasi untuk permainan video atau PlayStation 4
- Skrin (TV LED, monitor atau gogel realiti maya)
- Stereng
- Perisian permainan video, sebagai contoh Gran Turismo
- Meja atau rig (siap dengan kerusi jenis bucket, stereng dan lain-lain)
- Sambungan internet berkelajuan tinggi supaya anda dapat bermain dengan lancar
JOM BACA >> Kereta Proton beraksi dalam filem Extraction di Netflix
Kenapa anda perlu ada Rig Simulator?
Setelah anda menyediakan segala perkakasan di atas, sudah pasti anda perlukan satu tempat untuk mencantumkan kesemuanya. Untuk mereka yang baharu sahaja berjinak-jinak, meja pejabat sudah memadai. Tetapi untuk mendapatkan pengalaman memandu yang terbaik, satu rig yang kukuh akan membolehkan anda lebih fokus dan memudahkan anda untuk mencatatkan masa terpantas tanpa perlu menangani masalah goyang. Barulah syok layan kan!
Anatomi Rig Simulator
Merujuk kepada grafik di bawah, anatomi Rig Simulator terdiri daripada:
- TV atau monitor
- Pelekap TV atau monitor
- Tapak atau servo stereng
- Stereng
- Dek stereng
- Tombol gear manual
- Set pedal
- Dek pedal
- Kerusi perlumbaan jenis bucket
- Tapak dan gelongsor kerusi
- Kerangka rig
Sekiranya anda perlukan sebuah Simulator Perlumbaan yang lengkap dengan harga yang berpatutan, kami sarankan anda untuk terus menghubungi rakan kami Jebat Fadlysham – 019-4120930 atau Anas Junaidi – 011-11190618 untuk maklumat lanjut. Anda juga boleh melihat produk keluar GEARZ Studio menerusi pautan ini.
Mereka adalah syarikat anak tempatan yang menghasilkan Simulator Perlumbaan dengan rig buatan sendiri. Kalau anda nak tahu, Zizan Razak adalah salah seorang daripada pelanggan mereka. Boleh tonton video di atas. Terima kasih kepada GEARZ Studio atas perkongsian info ini!
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> Proton Arena generasi baharu dijelmakan dalam bentuk 3D
JOM BACA >> Jika model Perodua X-Concept dihasilkan mungkin ini gambaran reka bentuknya
JOM BACA >> INTIP : KIA Seltos mula tiba di Malaysia
JOM BACA >> RISIK : Proton X30 tiada dalam perancangan, tetapi apa tujuan model tersebut diuji?
JOM BACA >> Lelaki ini ditangkap sebab ‘kantoi’ ambil gambar kereta sendiri semasa perintah berkurung
KOMEN TERKINI