ARKIB

KATEGORI

Impresi Artis

Satria Neo X : Model ikonik Proton berubah menjadi crossover kompak dua pintu

Gambaran Artis

Views

Dalam banyak-banyak model rekaan Proton sepenuhnya, Satria Neo merupakan kereta yang mempunyai reka bentuk yang masih lagi segar sehingga kini dan antara yang terbaik pernah dihasilkan. Model hatchback dua pintu ini pada zaman kemuncaknya memang digilai oleh pembeli ‘berjiwa muda’. Penulis berkata demikian kerana kerap kali juga terserempak dengan pemilik Satria Neo yang agak ‘otai’ usianya.

Namun begitu, jualan model ini tidak segah reputasinya kerana ia bukanlah pilihan marhaen yang berkeluarga kerana saiznya yang kecil, tambahan pula ia hanya mempunyai dua pintu sahaja. Kesilapan Proton pada ketika itu adalah mereka terlalu terikut-ikut dengan falsafah Lotus dan mengabaikan pelanggan mereka yang mahukan kereta yang lebih praktikal dan selesa.

JOM BACA >> MESTI BACA : Simulator Perlumbaan – Apa yang anda perlu tahu

Sungguhpun kurang berjaya dari segi jualan, nama Satria Neo lebih gah di litar lumba dan juga arena rali antarabangsa. Sebut sahaja nama Satria Neo S2000, anda sudah pasti teringat kepada kelibat jentera berwarna kuning hitam yang pernah menjadi igauan pesaingnya dalam saingan rali antarabangsa.

Memandangkan Satria Neo masih lagi tiada pengganti, Saharudin Busri atau Wak tampil dengan idea terbaharunya, mengolah rekaan asal model tersebut kepada sebuah crossover kompak. Hasilnya cukup mengagumkan dan beliau telah berjaya mengubah karektor sporty kereta dua pintu kepada sebuah jentera gaya lasak.

JOM BACA >> Proton PM5 ‘menjelma kembali’ dalam bentuk imej 3D

Menurut beliau, rekaan Satria Neo X sebenarnya diubah suai daripada rekaan Satria Neo GTi facelift yang pernah dihasilkan sebelum ini. Memandangkan Proton telah mula menghasilkan model SUV, ini merupakan cadangan beliau untuk mengubah suai pelantar lama yang sedia ada.

Ada beberapa bahagian utama pada model asal Satria Neo masih dikekalkan seperti kerangka utama, hud depan, bumbung dan fender sisi. Komponen baharu yang ditambah pula ditunjukkan dalam diagram seperti foto di atas.

Rekaan lampu dan bampar hadapan digayakan supaya kelihatan lebih moden, sesuai dengan tahun 2020. Profil sisinya pula lebih sado dengan pelapik lengkung tayar yang menonjol, menjadikan kekudanya nampak lebih kukuh dan terletak. Padanan tayar tebal dengan rim aloi dwi tona melengkapi penampilan sisi model 3 dimensi ini.

Sekali lagi rekaan bahagian belakang menarik perhatian penulis, dengan gaya minimalis serta futuristik terutama pada bahagian lampu jenis LED yang disusun bertingkat. Bumbungnya yang berjalur serta spoiler belakang dengan muncung yang lebih panjang menjadikannya tampak lebih sporty.

Kesimpulannya, gaya baharu Satria Neo X telah berjaya memberikan jiwa baharu kepada model ikonik Proton ini dan jika Proton mahu menghidupkan kembali model tersebut, kami syorkan gaya rekaan sebegini untuk dipertimbangkan. Apa pandangan anda?

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Kereta Proton beraksi dalam filem Extraction di Netflix
JOM BACA >> Proton Arena generasi baharu dijelmakan dalam bentuk 3D
JOM BACA >> Jika model Perodua X-Concept dihasilkan mungkin ini gambaran reka bentuknya
JOM BACA >> INTIP : KIA Seltos mula tiba di Malaysia
JOM BACA >> RISIK : Proton X30 tiada dalam perancangan, tetapi apa tujuan model tersebut diuji?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif