ARKIB

KATEGORI

Buletin

Bas elektrik Tron Bradbury Energy mulakan ujian di Shah Alam awal Februari

Berita Tempatan

Views

Sebanyak dua buah bas elektrik Tron Bradbury Energy (TBE) akan mula beroperasi secara ujian di Shah Alam, Selangor awal Februari ini.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, jika ujian itu berjaya, 130 buah bas elektrik akan beroperasi secara berperingkat di seluruh Selangor.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

“Kenderaan Elektrik (EV) bukan sekadar kereta sahaja, malah turut melibatkan pengangkutan awam. Soalan cepu mas. Bila kita boleh lihat bas EV TBE beroperasi di Malaysia?

“Tak perlu tunggu lama pun. Insya-Allah, seawal bulan Februari, dua buah bas elektrik TBE akan mula beroperasi secara ujian di Shah Alam.

JOM BACA >> Proton daftar lima kategori tanda dagang nama X80, versi kembar SUV coupe Geely Xingyue/Tugella (FY11) atau Xingyue L/Monjaro (KX11) ke?

Katanya, kerajaan akan terus menyokong dan membangunkan industri automotif tempatan. Pembangunan industri ini boleh menarik pelaburan berkualiti, meningkatkan perdagangan dan menawarkan pekerjaan bergaji lebih tinggi untuk rakyat kita.

Terdahulu, Tengku Zafrul memaklumkan, TBE bakal mengubah operasi pemasangan mereka di Zon Bebas Pelabuhan Klang menjadi kemudahan pembuatan untuk EV seperti bas, lori dan van elektrik serta Sistem Penyimpanan Tenaga Bateri (BESS).

Tambah beliau, TBE juga bakal mewujudkan fasiliti penyelidikan dan pembangunan (R&D) untuk bateri di Malaysia. – KOSMO! ONLINE

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Tengku Zafrul dan Tron-e

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply