ARKIB

KATEGORI

Buletin

Pemilik Tesla di Chicago terkandas, stesen pengecasan gagal berfungsi kerana dilitupi ais

Berita Global

Views

Sejumlah pemilik kereta Tesla di kota raya Chicago terkandas disebabkan stesen pengecasan untuk kenderaan elektrik (EV) gagal berfungsi selepas dilitupi ais pada musim sejuk, lapor akhbar Metro UK kelmarin.

Selepas suhu -18 darjah Celcius direkodkan di Chicago, penduduk melihat banyak kereta Tesla terkandas di luar stesen pengecasan.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Pemilik kereta Tesla disyorkan mengekalkan tahap kuasa melebihi 20 peratus untuk meminimumkan kesan suhu sejuk pada baterinya.

Bagaimanapun, kebanyakan kenderaan elektrik itu terpaksa menunggu lama dalam barisan sehingga menyebabkan kehabisan bateri berlaku kerana cuaca sejuk beku.

Syarikat Tesla sebelum ini menerima kritikan kerana kegagalan kenderaannya beroperasi pada musim sejuk.

JOM BACA >> Proton daftar lima kategori tanda dagang nama X80, versi kembar SUV coupe Geely Xingyue/Tugella (FY11) atau Xingyue L/Monjaro (KX11) ke?

Pada tahun lepas, seorang pakar meteorologi berpangkalan di Kanada, Rachel Modestino mendapati pintu kereta Tesla miliknya gagal dibuka apabila suhu turun kepada -15 darjah Celsius.

Modestino berkata, dia akhirnya dapat membuka pintu kereta secara manual. – KOSMO! ONLINE

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit USA Today dan UNILAD

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply