ARKIB

KATEGORI

Buletin

BYD Seal kini boleh ditempah – Yuran tempahan RM1k, tiga pilihan varian

Berita Tempatan

Views

Sime Darby Motors secara rasminya membuka tempahan awal bagi model sedan elektrik (EV) BYD Seal bermula semalam. Untuk pasaran Malaysia, tiga pilihan varian akan ditawarkan iaitu Dynamic, Premium dan Performance.

Tempahan boleh dibuat secara dalam talian dengan yuran tempahan sebanyak RM1,000. Harga sebenar masih lagi belum diumumkan dan bakal diketahui semasa pelancarannya kelak.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Untuk pilihan warna, secara keseluruhan empat warna ditawarkan. Berikut adalah pilihan warna mengikut varian:

  • Dynamic – Cosmos Black dan Aurora White
  • Premium – Cosmos Black, Aurora White dan Atlantis Grey
  • Performance – Cosmos Black, Aurora White, Atlantis Grey dan Arctic Blue.

JOM BACA >> Proton daftar lima kategori tanda dagang nama X80, versi kembar SUV coupe Geely Xingyue/Tugella (FY11) atau Xingyue L/Monjaro (KX11) ke?

Berikut adalah perincian ringkas BYD Seal mengikut varian:

  • Dynamic – Motor elektrik tunggal dengan pacuan roda belakang (RWD) yang menjana 204 PS dan 310 Nm daya kilas. Ia dikuasakan oleh bateri Blade litium ion fosfat (LFP) 61.4 kWj dengan jarak pandu sehingga 510 km (NEDC). Masa pecutan 0-100 km/j adalah 7.5 saat.
  • Premium – Motor elektrik tunggal dengan pacuan roda belakang (RWD) yang menjana 313 PS dan 360 Nm daya kilas. Ia dikuasakan oleh bateri Blade litium ion fosfat (LFP) 82.56 kWj dengan jarak pandu sehingga 650 km (NEDC). Masa pecutan 0-100 km/j adalah 5.9 saat.
  • Performance – Pacuan semua roda belakang (AWD) dengan dwimotor elektrik yang menjana 530 PS dan 670 Nm daya kilas. Ia dikuasakan oleh bateri Blade litium ion fosfat (LFP) 82.56 kWj dengan jarak pandu sehingga 580 km (NEDC). Masa pecutan 0-100 km/j adalah 3.8 saat.

Buat masa ini, masih belum ada sebarang informasi mengenai bilakah model sedan EV ini akan dilancarkan dan juga julat harganya untuk pasaran tempatan. Untuk membuat tempahan boleh ketik pautan INI.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply