Tindakan Tesla untuk tidak membina kemudahan pembuatan kereta elektrik (EV) di mana-mana negara ASEAN termasuk Malaysia berkemungkinan adalah keputusan komersial syarikat multinasional itu berhubung operasi globalnya.
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) berkata, keputusan yang dibuat oleh Tesla itu tidak mencerminkan pembaharuan industri dan landskap pelaburan lebih baik yang telah diusahakan oleh MITI dan agensinya sejak Disember 2022.
“Perlu juga diambil perhatian bahawa laporan berita mengenai pembatalan rancangan bina kilang di Thailand, Indonesia, Malaysia bukanlah kenyataan rasmi daripada Tesla tetapi memetik sumber yang tidak dinamakan.
“Pengesahan mengenai laporan itu perlu datang dari Tesla,” kata jurucakap MITI. Tesla dilaporkan tidak akan membina kemudahan pembuatan EV sama ada di Malaysia, Thailand atau Indonesia.
Memetik laporan daripada akhbar Thailand, The Nation, berdasarkan sumber kerajaan Thailand, pengeluar EV itu sebaliknya hanya akan menumpukan kepada pengukuhan ekosistem stesen pengecasan.
JOM BACA >> Meskipun sambutan agak sendu, Geely tetap lancar model ‘Proton Exora tak jadi’, Jiaji 2025 di China
Tesla sebelum ini dilaporkan bersedia untuk melabur AS$5 bilion untuk hab pembuatan Asia Tenggara dan memilih Thailand sebagai lokasi pilihan.
Pada masa sama, Malaysia dan Indonesia juga menawarkan peluang untuk Tesla membuka kemudahan pengeluaran mereka.
“Tesla pada masa ini hanya membincangkan stesen pengecasan, dengan rancangan kilang itu digantung bukan sahaja di Thailand malah di seluruh dunia.
“Mereka tidak meneruskan di Malaysia, Indonesia atau di mana sahaja kecuali di China, Amerika dan Jerman,” kata sumber itu.
Perdana Menteri Thailand, Srettha Thavisin pada November tahun lalu mengumumkan bahawa Tesla bersedia untuk menjadikan Thailand sebagai hab pembuatan EV.
JOM BACA >> INTIP: Mitsubishi Xforce dengan Xpander facelift ke tu? Nak ke mana la agaknya ye…
Pengumuman itu dibuat selepas beliau mengadakan beberapa pertemuan dengan kepimpinan eksekutif Tesla, di AS dan Thailand.
Tesla kini telah memutuskan untuk membatalkan rancangan pelaburannya di Thailand selepas membubarkan pasukan eksekutifnya. Keputusan itu adalah sebahagian daripada pembatalan pelaburan Tesla di seluruh Asia dan negara lain.
Sebelum ini, Tesla telah mengumumkan ia telah menghentikan rancangan untuk membina sebuah kilang di Mexico sehingga selepas pilihan raya Presiden AS pada November, berikutan janji calon, Donald Trump untuk mengenakan tarif 100 peratus ke atas kenderaan buatan Mexico.
Kilangnya di Monterrey, Nuevo León diumumkan pada Mac tahun lalu dan dijangka mula beroperasi pada suku pertama 2025. Walau bagaimanapun, projek itu telah menghadapi beberapa kelewatan dan ketidakpastian.
Menjelang September 2023, beberapa pembekal Tesla telah memperlahankan rancangan mereka untuk membina kemudahan pembuatan baharu di Mexico, bimbang ia tidak akan disiapkan tepat pada masanya. Pada Oktober, Tesla mengesahkan ia telah menangguhkan projek itu kerana kebimbangan ekonomi. – Berita Harian
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Proton X70 MC2 ‘terdedah’, sedang jalani penggambaran iklan ke?
JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?
JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
KOMEN TERKINI