ARKIB

KATEGORI

Buletin

INTIP: Ruang kabin Geely Geome Xingyuan berjaya ‘diintai’, guna kombinasi dwitona

Foto Intip

Views

Buat julung kalinya kita dapat ‘mengintai’ ruang kabin Geely Geome Xingyuan yang akan dilancarkan ke pasaran China, dalam masa yang terdekat.

Pesaing kepada BYD Dolphin dan Wuling Bingo dalam segmen hatchback padat ini menampilkan rekaan kabin dengan kombinasi dwitona (putih dan merah jambu pastel) yang dilihat agak feminin.

Mungkin ini adalah salah satu strategi untuk ‘memikat hati’ perhatian pembeli wanita dan berkemungkinan ada lagi pilihan kombinasi warna lain yang turut ditawarkan.

Sekilas pandang, rekaan papan pemukanya terus mengingatkan kita kepada model smart #1, terutama pada bahagian konsol tengah dengan rekaan yang bertingkat.

Meskipun masih lagi ditutup pada beberapa bahagian, kita masih dapat melihat paparan kelompok instrumen digital, unit inforia dengan skrin yang agak besar di tengah dan stereng dua jejari yang rata pada bahagian bawah.

JOM BACA >> Meskipun sambutan agak sendu, Geely tetap lancar model ‘Proton Exora tak jadi’, Jiaji 2025 di China

Pada pandangan kasar, ruang kabin ini kelihatan elegan dan minimalis dengan kombinasi warna-warna cerah bagi memberikan visual ruang kabin yang lebih lapang.

Dari segi dimensi, Geome Xingyuan berukuran 4,135 mm panjang, 1,805 mm lebar, dan 1,570 mm tinggi, manakala jarak tapak rodanya 2,650 mm. Berat kerbnya pula ialah 1,215 kg dan 1,285 kg.

Ia ditawarkan dengan pilihan warna badan tona tunggal atau dwitona, termasuk sembilan (9) pilihan rekaan rim bersaiz 15 atau 16-inci yang merangkumi rekaan empat-jejari, lima-jejari dan enam-jejari.

Geome Xingyuan didatangkan dengan suspensi bebas yang merupakan ciri standard untuk semua varian, sistem pemacu elektrik pintar 11-dalam-1, dan sistem kokpit pintar Flyme Auto.

Kuasa disalurkan menerusi motor elektrik tunggal dengan pilihan output 78 kuasa kuda atau 114 kuasa kuda dan ia dikuasakan oleh pek bateri 30.12 kWj atau 40.16 kWj (sama ada bateri Aegis atau dibekalkan oleh CATL).

JOM BACA >> INTIP: Mitsubishi Xforce dengan Xpander facelift ke tu? Nak ke mana la agaknya ye…

Kombinasi rangkaian kuasa ini mampu memberikan jarak pandu antara 310 km dan 410 km (kitaran CLTC) dengan kelajuan maksima 135 km/j.

Spekulasi di laman maya mengatakan, harga yang bakal ditawarkan untuk model ini nanti berkemungkinan sekitar 80,000 yuan (RM50,000).

Adakah Geome Xingyuan bakal mempunyai versi pemanduan kanan (RHD) yang berpotensi sebagai calon model EV kedua untuk Proton e.MAS, selepas e.MAS 7?

Dalam artikel terdahulu, akaun Facebook rasmi Proton e.MAS Cars telah menyiarkan video acah yang memaparkan ‘siluet’ tiga model kereta dengan bentuk badan berbeza iaitu sedan, SUV dan hatchback padat.

Setakat ini, ia hanyalah sekadar ‘spekulasi media’ semata-mata. Apa pun, kita nantikan perkembangan selanjutnya dari semasa ke semasa.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Autohome

Foto kredit CarNewsChina dan ShiftDelete

JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Proton X70 MC2 ‘terdedah’, sedang jalani penggambaran iklan ke?
JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?
JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply