ARKIB

KATEGORI

Buletin

Bateri 48v bukan punca Proton X90 ini terbakar, siasatan masih dijalankan

Tular

Views

Semalam tular satu video yang memaparkan sebuah Proton X90 terbakar pada bahagian belakang tempat duduk penumpang baris ketiga di media sosial.

Akaun Facebook rasmi Proton Cars sebentar tadi tampil memberikan penjelasan berhubung dengan perkara tersebut.

JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak

Menurut Proton, pihaknya amat menyedari sepenuhnya kejadian tersebut dan kenderaan itu kini berada dalam simpanan mereka.

Pasukan Proton kini sedang menjalankan siasatan yang teliti dan akan bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa yang berkaitan untuk menentukan punca kejadian.

JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial

Proton juga ingin menegaskan bahawa tiada letupan yang disebabkan oleh bateri hibrid sederhana (48v) X90.

Pihaknya memahami kebimbangan orang ramai dan memohon kerjasama bagi mengelak daripada terlibat dalam perbincangan spekulatif dan ingin menekankan bahawa siasatan masih diteruskan.

Di Proton, kualiti dan keselamatan produk sentiasa menjadi keutamaan dan ingin meyakinkan pengguna semua bahawa model kenderaan Proton dibangunkan untuk memenuhi piawaian tertinggi dengan setiap unit menjalani pemeriksaan kualiti dan keselamatan yang ketat sebelum dihantar kepada pelanggan.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
JOM BACA >> Pemandu Honda HR-V seakan ‘sengaja langgar’ motosikal dalam video tular disaman
JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply