ARKIB

KATEGORI

Buletin

Tempahan Lotus Emira i4 First Edition kini dibuka, harga istimewa RM998,800

Berita Tempatan

Views

Lotus Cars Malaysia hari ini membuka tempahan model Lotus Emira i4 First Edition pada harga istimewa, iaitu RM998,800, di atas jalan termasuk cukai.

Tawaran eksklusif untuk model Lotus terakhir yang dikuasakan oleh enjin ICE itu hanya sah untuk kenderaan tahun 2023, sebelum harga sebenar berkuatkuasa iaitu RM1,095,000 di Semenanjung Malaysia dan RM509,000 di Langkawi.

Lotus Emira i4 didatangkan dengan jaminan pengeluar selama tiga tahun dengan perbatuan tanpa had.

Apa yang menarik tentang Lotus Emira i4 First Edition?

Pilihan warna

Emira i4 didatangkan dengan 13 pilihan warna menarik, iaitu Hethel Yellow, Magma Red, Vivid Red, Dark Verdant, Seneca Blue, Atlantis Blue, Meridian Blue, Osmium Silver, Nimbus Grey, Shadow Grey, Zinc Grey, Mist White dan Cosmos Black.

Enjin

Emira i4 First Edition dikuasakan oleh enjin aluminium empat silinder 2.0 liter turbo yang dipadankan bersama kotak gear dwicekam (DCT) 8-kelajuan automatik daripada Mercedes-AMG.

Enjin yang telah dipertingkatkan sistem kemasukan udara dan ekzos serta diberikan kaliberasi khas ini mampu menjana sehingga 360 kuasa kuda pada 6,600rpm dan 430Nm daya kilas pada 3,000-5,500rpm.

Dari segi pecutan, Emira i4 mampu mencapai kelajuan 0-100km/j dalam masa 4.4 saat dengan pecutan maksimum 290km/j.

Pengenalan enjin empat silinder membolehkan penggunaan subkerangka belakang aluminium baharu yang ringan, sekali gus dapat mengurangkan berat kereta sebanyak 12kg berbanding Emira V6.

JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak

Pelantar

Emira i4 First Edition dibangunkan dari seni bina aluminium Lotus Sports Car yang ringan, tegar dan kukuh. Casisnya mempunyai ketegaran kilasan sehingga 26,300 Nm/sudut membolehkan maklum balas semua sistem dilakukan dengan pantas dan tepat.

Suspensi

Model ini dipasang dengan suspensi tempaan aluminium ‘double-wishbone‘ yang ringan dan berorientasikan perlumbaan, gegelung spring Eibach dan peredam bertekanan tinggi Bilstein yang ditala dengan teliti bersama empat tetapan berbeza untuk pilihan chasis Tour dan Sport.

Tayar dan rim

Emira i4 hadir dengan pilihan tayar 245/35/R20 di hadapan dan 295/30/R20 belakang. Casis Tour dipasang dengan tayar Goodyear Eagle F1 Supersport (pilihan untuk casis Sport), manakala eksklusif untuk casis Sport ialah tayar Michelin Pilot Sport Cup 2.

Rim tempaan ultra ringan bersaiz 20 inci dengan kemasan potongan berlian berwarna perak atau hitam berkilat boleh dipilih untuk meningkatkan lagi penampilannya.

Sistem brek

Sistem brek terdiri daripada dua cakera berkembar ringan, berliang dan dipadankan bersama angkup empat omboh pada gandar hadapan. Angkup tersebut boleh diwarnakan dalam empat warna tanpa kos tambahan.

Kaliberasi Kawalan Kestabilan Elektronik serba baharu dan fungsi e-Diff pula memastikan cengkaman maksimum.

Rekaan luaran

Rekaan luaran Emira diinsipirasikan oleh model hypercar Evija. Ia menampilkan lampu utama LED sepenuhnya dengan lampu siang (DRL) bilah berkembar dan salur bonet bersudut yang mendominasi rekaan hadapan.

Pintu yang beralun bersama pemegang tersembunyi membantu mengurangkan seretan, sementara corong kemasukan udara pula diintegrasi ke dalam rekaan belakang bagi membantu penyejukkan enjin.

Emira i4 berjaya mencapai tahap downforce pasif yang sangat seimbang pada apa jua kelajuan hasil daripada proses pembangunan menggunakan simulasi dinamik komputer termaju dan ditambah baik di dalam terowong angin.

JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial

Rekaan dalaman

Rekaan dalaman Emira memperlihatkan ciri kemewahan dengan stereng yang rata di bahagian bawah, kluster instrumen digital TFT bersaiz 12.3-inci, paparan unit inforia bersaiz 10.25-inci dan sistem audio premium 560W 10 saluran bersama enam unit pembesar suara yang dibangunkan dengan KEF dan teknologi Uni-QTM.

Bukan itu sahaja, tempat duduknya boleh dilaras secara elektrik 12-cara dengan ciri pemanas, serta kemasan upholsteri kulit Nappa hadir dalam pilihan warna hitam, merah, kelabu, tan atau Alcantara hitam, bersama pilihan jahitan kontras benang berwarna kuning, merah atau kelabu.

Bahan Alcantara hitam turut digunakan pada kemasan bumbung, manakala kemasan satin krom, lampu ambien dalaman berwarna putih dan plat kaki jenama Lotus melengkapkan lagi penggayaan yang premium.

Pelanggan juga boleh memilih kulit Nappa yang sama pada stereng dengan jahitan jalur bahagian tengah atasnya yang didapati dalam warna kuning, merah atau kelabu.

Dari segi storan, bahagian belakang dua tempat duduk menawarkan ruang 208 liter dan tambahan 151 liter di ruang kargo belakang.

Pek pilihan standard

Emira i4 First Edition hadir dengan empat pek pilihan sebagai ciri standard:

  • Lower Black Pack merangkumi kemasan hitam berkilat pada bumbung, bingkai bumbung, perumah cermin sisi dan lambang Lotus pada bahagian belakang. Kemasan pada ekzos pula berwarna hitam satin.
  • Design Pack melibatkan penambahan satu kaca privasi, injak sports, kemasan bumbung Alcantara dan alas kaki Emira.
  • Convenience Pack ditambah dengan penderia parkir hadapan, kamera undur, penderia pada pengelap cermin utama bersama bilah aero, cermin auto-malap dan jaring pada ruang penyimpanan belakang.
  • Lotus Drivers Pack pula ditawarkan dengan pilihan suspensi Tour atau Sports yang dilengkapi ciri Track Mode ESP dengan mod Track baharu yang dipaparkan pada skrin instrumen TFT.

Unit terawalnya dijangka tiba pada November tahun ini dan mereka yang berminat dijemput untuk melihatnya secara lebih dekat di Lotus Store di Level 3, Pavilion Kuala Lumpur.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
JOM BACA >> Pemandu Honda HR-V seakan ‘sengaja langgar’ motosikal dalam video tular disaman
JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply