ARKIB

KATEGORI

Buletin

Bekalan diesel di AS makin kurang, harga mungkin naik

Berita Global

Views

Sebuah syarikat pembekal diesel utama di Amerika Syarikat (AS) menyuarakan kebimbangan mengenai situasi bekalan bahan api itu yang semakin berkurang dan dijangka mendorong kenaikan harga kepada pengguna, lapor agensi berita United Press International kelmarin.

KOSMO! ONLINE melaporkan, Mansfield Energy yang menghantar lebih 11 bilion liter diesel dan produk berkaitan kepada 8,000 pelanggan di seluruh rantau Amerika Utara berkata, pihaknya kini memerlukan notis 72 jam bagi mendapatkan bahan api serta pengangkutan yang sesuai kerana ‘situasi berubah dengan pantas’.

Berdasarkan data diterbitkan Pentadbiran Maklumat Tenaga AS kelmarin, inventori bahan api sulingan (kategori yang merangkumi diesel) berkurang sebanyak 100,000 tong pada minggu berakhir 14 Oktober lalu.

JOM BACA >> Toyota Agya dan Daihatsu Ayla bakal tiba di Indonesia bulan Mac 2023, pengeluaran massa Perodua Axia (D74A) dijangka bermula Januari 2023

Keadaan itu meletakkan paras penyimpanan bahan api sulingan AS pada 20 peratus di bawah purata lima tahun untuk tahun ini.

Mansfield berkata, ada masanya penghantar terpaksa pergi ke beberapa terminal untuk mencari bekalan dan ini melambatkan penghantaran dan menjejaskan kapasiti lori tempatan.

Disebabkan keadaan itu, firma tersebut berkata, harga minyak diesel berkemungkinan mencatat kenaikan kira-kira AS$0.30 sen hingga AS$0.80 sen (RM1.41 hingga RM3.76) daripada harga pasaran.

JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian

Dalam pada itu, Jabatan Tenaga menganggarkan buat masa ini, diesel yang ada hanya mencukupi untuk memenuhi permintaan selama 25 hari.

Pengarah Majlis Ekonomi Negara, Brian Deese pula berkata, bekalan diesel AS kini amat rendah dan White House menggunakan semua cara yang ada untuk menangani isu tersebut.

Presiden Joe Biden baru-baru ini mengumumkan akan menggunakan rizab strategik negara bagi minyak mentah sebagai tindak balas kepada keputusan Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) yang mahu mengurangkan kuota pengeluaran.

Deese berkata, untuk menangani masalah kekurangan diesel, pentadbiran Biden terpaksa berharap pada satu juta tong diesel yang disimpan dalam rizab negara.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?
JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?
JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan
JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply