ARKIB

KATEGORI

Buletin

Kerjasama SOCAR dan myTukar tingkatkan kelestarian rangkaian mobiliti Malaysia

Berita Tempatan

Views

SOCAR Mobility Malaysia (SOCAR) mengumumkan kerjasama strategik bersama myTukar, dengan sasaran untuk meningkatkan kelestarian dalam rangkaian mobiliti Malaysia.

Dengan memanjangkan jangka hayat kereta menerusi sistem tukar beli dan pengubahsuaian cekap myTukar, kedua-dua syarikat itu berhasrat untuk mengurangkan impak pelepasan kilang daripada setiap kereta yang dikeluarkan.

JOM BACA >> Toyota Agya dan Daihatsu Ayla bakal tiba di Indonesia bulan Mac 2023, pengeluaran massa Perodua Axia (D74A) dijangka bermula Januari 2023

Menerusi kerjasama strategik ini, myTukar akan membantu proses tukar beli secara menyeluruh, dari awal urusan pembelian dan kertas kerja sehingga ke proses pengubahsuaian dan jualan akhir.

Manakala, SOCAR akan menjual 140 unit kenderaan segmen B kepada myTukar dan kemudiannya, membeli 150 unit model kenderaan terpakai yang diperakui myTukar, seperti Proton X70 dan Honda Civic.

Ketua Pegawai Eksekutif SOCAR Mobility Malaysia, Shylendra Nathan berkata, dengan kadar pertumbuhan tahunan terkompaun (CAGR) 10 peratus untuk tempoh tiga tahun akan datang, SOCAR melihat potensi dalam mengembangkan rangkaian kenderaannya dengan kerjasama myTukar.

JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian

Bagi Ketua Pegawai Eksekutif myTukar, Derrick Eng, pihaknya mahu mengubah persepsi rakyat Malaysia terhadap kereta terpakai. Ini kerana semua kereta yang diperakui myTukar telah melalui proses pemeriksaan 160-titik dan pengubahsuaian yang menyeluruh.

myTukar turut komited dalam memastikan bahawa model kelangsungan perniagaan SOCAR berjalan lancar, dengan menyediakan pakej servis eksklusif untuk SOCAR, termasuk tempoh baik pulih pantas dan lorong keutamaan.

Ini dapat membantu dalam meminimumkan waktu tergendala dan kekurangan kereta, dan pengguna SOCAR akan dapat menikmati kualiti serta standard kereta yang diperakui myTukar secara konsisten.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?
JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?
JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan
JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply