ARKIB

KATEGORI

Buletin

Bekas pengurus maut dilanggar treler selepas merempuh kilang

Berita Tempatan

Views

Harian Metro melaporkan, seorang bekas pengurus yang baharu diberhentikan kerja maut apabila dilanggar treler selepas merempuh masuk ke kilang dan membaling botol petrol di Jalan Kuala Kangsar, di Ipoh, malam tadi.

Menurut Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz, pihaknya menerima laporan awal daripada orang awam pada 7.30 malam memaklumkan sebuah kereta Honda Civic dipandu seorang lelaki menceroboh masuk ke kawasan kilang itu.

Beliau berkata, hasil siasatan awal mendapati pada 6.42 petang, suspek berusia 52 tahun yang baru ditamatkan perkhidmatan merempuh dan menceroboh masuk ke kawasan kilang tanpa kebenaran dengan menggunakan kereta.

JOM BACA >> Ini jumlah modal yang bakal ‘hangus’ kalau nak ubah Yamaha R25 anda jadi versi Power Rangers

Jelas beliau, suspek memandu kereta terus merempuh ke dalam Bahagian Fasa 1 Kilang yang terletak kira-kira 500 meter dari pintu utama kilang. Selepas memberhentikan kenderaan, suspek membaling botol petrol ke dalam Pejabat Sumber Manusia di premis kilang berkenaan.

A Asmadi berkata, suspek kemudiannya menaiki kereta semula dan memandu laju merempuh masuk ke dalam bilik ‘Production Labelling Department‘ sehingga mengakibatkan kebakaran. Beliau berkata, kebakaran dipadamkan pengawal keselamatan kilang dan pasukan bomba yang tiba di lokasi memastikan kebakaran dipadamkan sepenuhnya.

Tambah beliau, suspek tidak membawa sebarang senjata dan tiada kecederaan kepada pekerja kilang dilaporkan. Anggaran kerugian dialami pihak kilang adalah RM1 juta. Setelah melakukan tindakan khianat suspek, beredar meninggalkan kawasan kilang melalui pintu utama dengan berjalan menghala ke arah kiri kilang.

JOM BACA >> Elakkan memandu dalam keadaan tangki minyak kereta hampir kering, ini akibatnya…

Beliau berkata, suspek dipercayai disyaki maut dilanggar treler pada 7.45 di Jalan Kuala Kangsar arah Ipoh berhadapan kawasan perindustrian itu. Menurutnya, ketika dalam perjalanan melarikan diri dari tempat kejadian, saksi menyatakan suspek seolah-olah sengaja melintas jalan sebelum dilanggar treler itu.

Hasil siasatan mendapati punca kejadian dipercayai suspek tidak berpuas hati terhadap pihak pengurusan kilang atas penggantungan kerja sejak September lalu kerana masalah disiplin selain pihak kilang sedang menyiasat suspek yang didakwa mengugut pihak atasan kilang.

Kes disiasat mengikut Seksyen 427/448 Kanun Keseksaan dan Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan di tempat kejadian masih dijalankan.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Mutu khidmat lepas jualan teruk, lelaki ini rasa menyesal beli Proton X70
JOM BACA >> Ada pemilik Proton X70 resah terpaksa ‘tunggu stok alat ganti’ sampai berbulan-bulan?
JOM BACA >> MESTI TONTON : Tengah syok rakam video Proton X50 sedang diuji, tiba-tiba…
JOM BACA >> MESTI BACA : Ini empat ‘rencah rahsia’ yang membuatkan Proton X50 ‘lebih sedap’ untuk dipandu!
JOM BACA >> Geely bongkar rahsia enjin 1.5TD pada model Proton X50

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply