ARKIB

KATEGORI

Buletin

CR-V facelift dilancarkan – Tiga varian, harga bermula dari RM139,912

Berita Tempatan

Views

Honda Malaysia hari ini melancarkan CR-V facelift secara rasmi setelah tempahannya dibuka pada Oktober lalu. Setakat ini CR-V facelift berjaya mengumpul jumlah tempahan sebanyak 600 unit dalam tempoh hanya sebulan.

Sejak ia mula diperkenalkan pada 2003, model SUV telah terjual melebihi 104,000 unit setakat bulan lalu. Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia Encik Toichi Ishiyama berkata, model yang dihasilkan di Melaka itu kini dilengkapi dengan ciri lengkap Honda SENSING dan juga Honda LaneWatch.

CR-V facelift ditawarkan dengan tiga pilihan varian, bermula dari varian asas 2.0L 2WD, 1.5L TC-P 2WD dan varian terbaharu 1.5L TC-P 4WD. Lima pilihan warna menarik ditawarkan, iaitu Perak (Lunar Silver Metallic), Merah Mutiara (Passion Red Pearl), Kelabu (Modern Steel Metallic), Hijau Gelap (Dark Olive Metallic) dan pilihan warna baharu, Putih Mutiara (Platinum White Pearl).

JOM BACA >> Ini jumlah modal yang bakal ‘hangus’ kalau nak ubah Yamaha R25 anda jadi versi Power Rangers

CR-V facelift masih mengekalkan enjin 1.5L VTEC PengecasTurbo yang mampu menjana kuasa dan daya kilas sehingga 193PS dan 243Nm. Varian tertinggi CR-V facelift kini digandingkan dengan sistem 4WD yang memberikan prestasi pemanduan lebih baik dan memaksimumkan penjimatan bahan api.

Dengan gaya yang lebih segar dan maskulin, CR-V facelift menampilkan jeriji hitam baharu yang bergabung dengan lampu depan jenis LED, bampar depan ala misai ‘Wak Doyok’ dan sayap dengan kemasan krom baharu. Di bahagian belakang, ia menampilkan lampu belakang berwarna gelap, kemasan bambar belakang krom berbentuk sayap dan muncung ekzos kemasan krom.

Rim aloi rekaan baharu kemasan dwitona bersaiz 18-inci melengkapi penampilan luaran baharu model ini. Ruang dalamannya turut dipertingkatkan dengan konsol hadapan yang dilengkapi dua port USB yang terletak di bawah tombol gear.

Selain itu, CR-V facelift dilengkapi ciri canggih seperti dengan but belakang berkuasa bebas tangan, penghidup enjin kawalan jauh dan cermin sisi boleh-lipat kawalan jauh. Model ini turut dilengkapi dengan ciri penuh Honda SENSING yang kesemua lapan ciri keselamatan iaitu:

JOM BACA >> Elakkan memandu dalam keadaan tangki minyak kereta hampir kering, ini akibatnya…

  • Kawalan Pemanduan Adaptif (Adaptive Cruise Control)
  • Sistem Ikuti Kenderaan Halaju Rendah (Low Speed Follow)
  • Sistem Amaran Pelanggaran Hadapan (Forward Collision Warning)
  • Sistem Brek Hindar Pelanggaran (Collision Mitigation Braking System)
  • Amaran Keluar Lorong (Lane Departure Warning)
  • Sistem Hindar Terbabas (Road Departure Mitigation)
  • Sistem Bantuan Kekal Lorong (Lane Keep Assist System)
  • Lampu Tinggi Auto (Auto High Beam)

Model ini juga didatangkan dengan ciri keselamatan baharu iaitu amaran tali pinggang keledar belakang dan ia turut menerima pengiktirafan lima bintang oleh ASEAN NCAP. Ciri-ciri  keselamatan standard pada model ini termasuklah Honda LaneWatch, enam beg udara, Bantuan Kestabilan Kenderaan dengan Bantuan Pengendalian Tangkas, Bantuan Mula Mendaki, Amaran Berhenti Kecemasan, Sistem Brek Anti-Kunci, Agihan Brek Elektronik, Bantuan Brek, Brek Pegun Automatik, Pengunci Kereta Automatik Setelah Keluar (Walk Away Auto Lock) dan Monitor Perhatian Pemandu.

Harga CR-V facelift adalah seperti berikut:

ModelVarianHarga Selepas PengecualianHarga Tanpa Pengecualian
Cukai Jualan² (RM)Cukai Jualan³ (RM)
1.5L TC-P 4WD162,910.18169,900
CR-V Baharu1.5L TC-P 2WD157,615.91164,300
2.0L 2WD139,912.53145,400

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Mutu khidmat lepas jualan teruk, lelaki ini rasa menyesal beli Proton X70
JOM BACA >> Ada pemilik Proton X70 resah terpaksa ‘tunggu stok alat ganti’ sampai berbulan-bulan?
JOM BACA >> MESTI TONTON : Tengah syok rakam video Proton X50 sedang diuji, tiba-tiba…
JOM BACA >> MESTI BACA : Ini empat ‘rencah rahsia’ yang membuatkan Proton X50 ‘lebih sedap’ untuk dipandu!
JOM BACA >> Geely bongkar rahsia enjin 1.5TD pada model Proton X50

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply