ARKIB

KATEGORI

Buletin

Belanjawan 2020 : Apa antara intipati yang menarik?

Berita Tempatan

Views

Akhirnya usai sudah pembentangan Belanjawan 2020 di Dewan Rakyat oleh Menteri Kewangan Yang Berhormat Tuan Lim Guan Eng petang tadi. Belanjawan 2020 bertemakan “Memacu Pertumbuhan dan Keberhasilan Saksama Ke Arah Kemakmuran Bersama”. Ada beberapa intipati penting yang kami rangkumkan dalam artikel ini yang berkaitan dengan pengangkutan.

Berikut adalah antara intipati menarik Belanjawan 2020:

Pengangkutan awam

    • Kerajaan berhasrat menyediakan sehingga 500 bas elektrik pelbagai saiz dengan kos RM450 juta untuk pengangkutan awam di bandar terpilih seluruh negara.
    • Subsidi kepada pengusaha bas di kawasan luar bandar dan bandar dengan peruntukan sebanyak RM146 juta pada tahun 2020.
    • Sejumlah RM50 juta bagi menaik taraf landasan kereta api di kawasan Gorge Line antara Stesen Halogilat ke Stesen Tenom di Sabah.
    • Bagi mengurangkan kesesakan di Tambak Johor dan Linkedua, kerajaan akan melabur sebanyak RM85 juta bermula tahun 2020. Melalui peruntukan itu, 50 kaunter tambahan akan dibuka untuk penunggang motosikal serta kaunter imigresen dan Projek Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) juga akan ditambah baik.
    • Projek Sistem Rapid Transit (RTS) antara Johor Bahru dan Singapura akan diteruskan untuk menangani masalah kesesakan lalu lintas jangka panjang.

JOM BACA >> INTIP : Proton uji dua varian X50 termasuk versi Sport?

Pengurangan kadar tol

    • Kadar tol untuk kategori kereta persendirian di Jambatan Kedua Pulau Pinang akan dikurangkan daripada RM8.50 kepada RM7.00.
    • Diskaun tol sebanyak 18 peratus untuk semua semua lebuh raya milik PLUS mulai 2020.
    • Kerajaan bakal mengambil alih lebuh raya Lembah Klang antaranya iaitu Lebuhraya Shah Alam (Kesas), Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP), Lebuhraya Sprint (Sprint) dan Terowong Smart (Smart).
    • Caj kesesakan pada waktu puncak akan diperkenalkan. Kadar tol pada waktu biasa diturunkan sehingga 30 peratus berbanding dengan kadar tol semasa. Semasa waktu bukan puncak pula kadar tol adalah percuma.
    • Konsesi sedia ada tidak akan dilanjutkan dan akan tamat mengikut perjanjian konsesi sedia ada.

JOM BACA >> Mat Bond kata Proton X70 CKD bakal guna transmisi 7-kelajuan dwi-klac (DCT), betul ke?

Program Subsidi Petrol

  • Program Subsidi Petrol (PSP) untuk sebuah kenderaan sahaja dan dengan peruntukkan sebanyak RM2.2 bilion yang akan memberi manfaat kepada kira-kira lapan juta pengguna kenderaan di negara ini.

Kenderaan yang layak menerima subsidi ini adalah:

    • Kereta dengan kapasiti enjin 1,600cc dan ke bawah atau kereta dengan kapasiti enjin melebihi 1,600cc yang berusia lebih 10 tahun.
    • Motosikal dengan kapasiti enjin sehingga 150cc dan ke bawah atau motosikal dengan kapasiti enjin melebihi 150cc yang berusia lebih tujuh tahun.
    • Kenderaan mewah tidak layak menikmati subsidi bersasar.

Dua kategori penerima Program Subsidi Petrol:

  • Penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) layak menerima subsidi petrol sebanyak RM30 sebulan kepada pemilik kereta atau RM12 sebulan untuk motosikal. Ia akan diberi dalam bentuk pemindahan tunai dan akan dikreditkan terus ke akaun bank penerima setiap empat bulan. Pembayaran pertama pada April 2020.
  • Bukan penerima BSH pula akan menerima Kad95 yang membolehkan mereka menikmati subsidi petrol 30 sen per liter. Ia terhad kepada 100 liter sebulan bagi kereta atau 40 liter sebulan bagi motosikal. Kad95 akan dilaksanakan secara berperingkat pada suku pertama 2020.
  • Subsidi layak diberikan sekiranya harga pasaran RON95 yang ditentukan oleh Mekanisme Penetapan Harga Automatik (APM) melebihi RM2.08 seliter.
  • Tiada subsidi akan diberikan sekiranya harga berada di bawah RM2.08 seliter.
  • Pemandu kenderaan di Sabah dan Sarawak akan terus menikmati siling harga petrol bersubsidi pada RM2.08 untuk RON95 dan RM2.18 untuk diesel.

Apa pendapat anda mengenai Belanjawan 2020? Kongsikan pendapat anda dengan kami.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X50 dan X70 CKD kini di Kuala Terengganu
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 dan X70 CKD menuju ke Terengganu
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 jalani ujian bersama X70 CKD
JOM BACA >> INTIP : Kelibat Proton X50 pemanduan sebelah kanan dikesan lagi, kali ini di jambatan Pulau Pinang
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 pemanduan sebelah kanan mula diuji

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply