ARKIB

KATEGORI

Spyshots

INTIP : Kelibat Proton X50 pemanduan sebelah kanan dikesan lagi, kali ini di jambatan Pulau Pinang

Foto Intipan

Views

Sekali lagi kelibat “kuda belang” unit ujian (Proton X50 pemanduan sebelah kanan berceloreng) ditemui oleh orang awam, kali ini oleh rakan pembaca laman web kami Nizam Yusoff@Qaleesya Nisrina Zamrina semalam. Unit pemanduan sebelah kanan itu berjaya dikesan di susur masuk ke jambatan Pulau Pinang kira-kira jam 5.15 petang.

Walaupun sarat dengan celoreng penyamaran, kita masih dapat melihat secara kasar reka bentuk SUV kompak segmen-B itu yang masih mengekalkan rekaan asal Geely Bin Yue (SX11). Lampu belakangnya turut digelapkan sedikit tapi masih kelihatan jejalur cahaya LED dengan jelas ketika kenderaan itu membrek.

JOM BACA >> INTIP : Proton X50 pemanduan sebelah kanan mula diuji

Model yang diuji ini merupakan Geely Bin Yue (SX11) versi Sport kerana ia dilengkapi sepasang corong ekzos berkembar tetapi menggunakan spoiler belakang dari versi biasa. X50 dikatakan bakal dilancarkan pada suku ketiga tahun hadapan namun rakan kita di Filipina akan menikmatinya terlebih dahulu.

Untuk pasaran Filipina, model ini akan dikenali dengan nama Geely Coolray, yang merupakan versi pemanduan sebelah kiri (LHD) dan diimport sepenuhnya (CBU) dari China. SUV kompak ini akan diperkenalkan secara rasmi di Filipina pada suku keempat (Q4) tahun ini. Ia akan dijana oleh enjin petrol 1.5 liter tiga-silinder turbo berkuasa 177 kuasa kuda dengan 255 Nm daya kilas yang disambungkan kepada transmisi automatik dwi-klac tujuh-kelajuan.

JOM BACA >> Perodua Bezza facelift versi Theophilus Chin

Coolray turut dilengkapi dengan ciri-ciri canggih seperti Bantuan Parkir Automatik (APA) dan juga kamera 360°. Harga yang dianggarkan adalah kira-kira 1.2juta Peso (RM96k++) hingga 1.3 juta Peso (RM105k++) untuk varian paling tinggi.

Berapakah harga jualan model ini di Malaysia nanti? Kami anggarkan ia berada dalam julat RM75K untuk varian Executive hingga RM85K untuk varian Premium. Julat harga ramalan kami ini sudah pasti membuatkan pesaingnya yang lain tidak akan senang duduk.

* Ejen perisik kami Mat Bond masih lagi dalam misi mencari info terkini, tunggu!

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Perodua sedang menguji sesuatu pada Daihatsu Tanto ini – Bukan model pengganti Kenari
JOM BACA >> Proton Saga Aeroback dijelmakan kembali secara digital
JOM BACA >> PANAS : Foto Perodua Axia 2019 varian STYLE bocor!
JOM BACA >> Perodua Axia 2019 – Tempahan kini dibuka, varian baharu STYLE diperkenalkan

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply